Featured Article

Thursday 24 October 2013

Info Zakat Negeri Sembilan

Bismillah

Untuk makluman semua, propasal kenaikan zakat bagi Negeri Sembilan telah dibentangkan kepada YAB Dato Seri Utama Haji Mohammad Bin Hj Hassan,selain itu perbentangan turut di adakan bersama dengan SUK Negeri Sembilan Encik Kamal Amran di Pejabat beliau di Baitul Mal Seremban,sebarang keputusan belum diputuskan oleh Mains.

Mengenai kemasukkan zakat,pihak BKMNS telah berusaha untuk memohon kemasukkan zakat sebelum bulan September bagi memudahkan proses pembayaran rusum jamiah,hasrat ini telah dibawa ke peringkat Mains tetapi tidak berjaya hal ini kerana disebabkan krisis yang melanda Mesir.

Akhirnya,Dato Haji Mohammad bin Hj Hassan menyampaikan salam kepada ahli BKMNS dan mengucapkan tahniah di atas Natijah Imtihan serta memohon agar Ahli BKMNS untuk terus menjaga syakhsiah diri bagi menggambarkan sebagai penuntut ilmu Agama.

Kalam Pimpinan


Pemasyhuran blog BKMNS yang baru,blog ini ditubuhkan kerana 

blog BKMNS yang lama telah mengalami beberapa masalah yang 

tidak dapat ditangani.Bagi menyahut seruan transformasi yang

dibawa oleh Perdana Menteri maka blog ini akan di gunakan

seratus peratus bagi penyebaran maklumat berkaitan

BKMNS,SMATT dan bahan-bahan bacaan ilmiah untuk menjadi

salah satu medium rujukan bersama.

SKIM INFAQ BKMNS

SKIM INFAQ BKMNS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Dengan ini sukacitanya dimaklumkan bahawa BKMNS ada menyediakan skim infaq BKMNS. 

Skim ini bertujuan untuk membantu ahli yang mempunyai masalah kewangan dan sebagainya selaras dengan matlamat penubuhan BKMNS iaitu menjaga kebajikan ahli.

Oleh yang demikian kepada ahli yang terbuka hati dan bermurah hati untuk menyumbang harta yang berkepuk kepuk tu bolehlah menyumbang mengikut pakej yang disediakan kerana amalan bersedekah merupakan amalan terpuji.

Firman Allah SWT :
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." - Al-Baqarah : 261

Apa tunggu lagi, jom bersedekah!




SKIM INFAQ BKMNS

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers