Featured Article

Friday 26 September 2014

Kelebihan Hari Arafah



Perbanyakkan doa, zikir dan mohon keampunan pada hari Arafah
Hari Arafah adalah hari perhimpunan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia yang menunaikan ibadah haji. Mereka akan bergerak dan berkumpul di Padang Arafah untuk menunaikan wukuf yang dianggap sebagai kemuncak malah rukun utama bagi ibadah haji.
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam yang direkodkan Imam al-Nasai:
“Haji itu adalah hari Arafah, sesiapa yang sempat berwukuf pada malam Arafah sehinggalah terbitnya fajar maka dia telah menunaikan ibadah haji.”
Mengenai hadis wukuf di Arafah Imam al-Tirmidhi berkata: “Sesiapa yang tidak sempat berwukuf di Arafah maka perlulah dia mengulangi hajinya pada tahun berikutnya dan haji itu (tanpa berwukuf di Arafah) hanya dinilah sebagai umrah.”
Begitulah pentingnya wukuf di Arafah bagi mereka yang menunaikan haji dan tidak dianggap sah haji seseorang itu jika mereka tidak sempat berwukuf di Arafah.

Peluang rebut kelebihan Zulhijjah
Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, kita masih berpeluang mendapat kelebihan pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Selain ibadah korban yang dilaksanakan pada 10 Zulhijjah dan hari-hari Tasyrik, kita disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah.
Barangkali segelintir kita tidak mengetahui pada 9 Zulhijjah umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji disunatkan berpuasa iaitu puasa sunat hari Arafah.
Direkodkan oleh Imam Muslim, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Ketika puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa setahun yang lepas dan dosa-dosa setahun yang akan datang.”
Inilah peluang yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman dengan disediakan peluang bernilai iaitu pengampunan dosa-dosa lepas dan akan datang bagi mereka yang berpuasa penuh keikhlasan dan mengikut sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada 9 Zulhijjah.
Selain ibadah penuh puasa hari Arafah kita juga disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa. Jemaah haji yang berada di Arafah pada 9 Zulhijjah disunatkan memperbanyakkan zikir, tahlil, tasbih, takbir dan berdoa kepada Allah SWT memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
Direkodkan oleh Imam al-Tirmidhi, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang diucapkan olehku dan nabi-nabi sebelumku adalah: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sebarang syirik (sekutu) bagi-Nya, bagi-Nya segala penguasaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dialah yang berkuasa bagi setiap sesuatu.”
Dapatlah dirumuskan sekurang-kurangnya tiga pengajaran iaitu doa pada hari Arafah adalah bersifat umum iaitu disunatkan kepada jemaah haji yang berwukuf di Arafah mahupun mereka yang tidak menunaikan ibadah haji.
Doa yang sangat mustajab
Doa pada hari Arafah adalah antara waktu yang amat mustajab kerana ia sebaik-baik waktu untuk memohon permintaan dan pengampunan daripada Allah SWT. Kita disunatkan meminta doa pada hari Arafah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan pengharapan seperti ditunjukkan kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam.
Ketika tibanya hari Arafah, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT. (Dalam) Sunan al-Nasai, Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada hari Arafah beliau melihat Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam mengangkat kedua-dua belah tangannya memohon doa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh tali unta Nabi terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi masih tetap diangkat (untuk berdoa).
Apabila tergelincir matahari di Arafah, Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam akan memendekkan khutbah dan kemudian menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak qasar.
Memendekkan khutbah
Antara hikmah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam memendekkan khutbah serta menunaikan solat secara jamak dan qasar adalah untuk memperuntukkan waktu seluas-luasnya berdoa kepada Allah SWT. Diriwayatkan juga, Nabisallallahu ‘alaihi wasallam tidak akan meninggalkan Padang Arafah sehinggalah terbenamnya matahari.
Daripada tatacara wukuf Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam dapatlah kita ketahui Baginda berdoa kepada Allah SWT bermula selepas solat Zuhur sehinggalah terbenamnya matahari 9 Zulhijjah. Maka gunakanlah peluang hari Arafah ini untuk memperbanyak doa memohon permintaan dan pengampunan.
Mereka yang berpuasa sunat hari Arafah, Allah SWT menghadiahkan peluang bagi hamba-Nya memohon sebarang permintaan daripada-Nya. Hari Arafah adalah hari dimakbulkan doa dan dengan kita berpuasa sunat, Allah SWT akan menerima doa kita.
Marilah kita ambil peluang diberikan Allah SWT untuk memperbanyak zikir kepada Allah kerana sesungguhnya 10 hari awal ini adalah hari-hari ibadah terutama pada hari Arafah, Hari Raya Aidiladha sehinggalah hari-hari Tasyrik.
Pohonlah doa kepada Allah SWT dengan hati yang ikhlas dan penuh rasa pengharapan kepada-Nya. Firman Allah SWT:
“Dan Tuhan kamu berfiman: Sesiapa yang berdoa kepadaku maka Aku akan memakbulkan bagi kamu dan sesungguhnya sesiapa yang sombong untuk menyembah-Ku makan mereka akan masuk ke dalam neraka Jahanam dan kekal di dalamnya.” (Surah Ghafir, ayat 60)

credit to : Muhammad Asyraf 

Thursday 25 September 2014

[Jom Talaqqi Siri ke 6 ]





InsyAllah BKMNS dengan kerjasama Rubat Al Mahabbah akan mengadakan kelas talaqqi bersama Syeikh Abdul Kareem, butiran adalah seperti berikut : 

Tarikh : 26 September 2014
Hari : Jumaat
Masa : Jam 7.40 pagi - 10.40 pagi
Tempat : WISMA N9, Mu'tah Jordan.

SELAMAT MENEMPUHI SEMESTER BARU

Assalamualaikum..




Barisan kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan mengucapkan selamat meneruskan sesi pembelajaran di Jordan kepada anak-anak Negeri Sembilan Jordan.

MAJLIS BACAAN YAASIN & TAHLIL, SOLAT HAJAT DAN SELAWAT & QASIDAH

Pada 8 Mei 2014 Masihi bersamaan 10 Rajab 1435 Hijrah, telah diadakan Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil bersempena pemergian ibu yang tercinta kepada salah seorang ahli BKMNS yang belajar di Universiti al-Albayt,Mafraq yang telah kembali ke pangkuan Ilahi. Tambahan, majlis diadakan bagi mengutip sumbangan & derma kepada ahli BKMNS tersebut.

Majlis telah diadakan pada Khamis malam Jumaat di WISMA Negeri Sembilan, Mu’tah, al-Karak, Jordan. Menjelang tibanya waktu maghrib, ahli BKMNS tiba di WISMA dan solat berjemaah maghrib di WISMA. Majlis bacaan Yaasin & tahlil dipimpin oleh bekas Exco Pembangunan Modal Insan, saudara Syafie bin Abdul Ghani.

Antara objektif lain pengumpulan ahli BKMNS adalah untuk merapatkan ukhuwawah sesame ahli. Selepas solat isya berjemaah, para hadirin dihidangkan dengan jamuan makan.

Majlis diseri dan ditambah dengan pembacaan qasidah dan madaih selepas jamuan makan malam. Setiap hadirin turut berpeluang untuk mendendangkan qasidah dan madaih secara bergilir sambil disuamkan suasana majlis dengan air teh.


Majlis bersurai dengan dapat dikumpulkan sumbangan kepada ahli BKMNS yang kehilangan ibunya. Moga dengan bacaan Yaasin & tahlil dapat mensejahterakan roh ibnuya di alam sana dan moga sidikit sumbangan daripada hairin yang hadir dapat menubati kesedihan di hati sahabat tersebut.

JILSAH AS-SOFFAH (PROGRAM BERSAMA ULAMA’ YAMAN)

Tanggal 8 Mei 2014 Masihi bersamaan 9 Rajab 1435 Hijrah, Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan Mu’tah (PERMATA) telah mengadakan satu program bersama ulama’ yang diberi nama “JILSAH AS-SOFFAH”.Ulama’ jemputan dari Yaman itu adalah Syeikh Abdul Fatah al-Yamani yang berasal daripada Yaman.
Sasaran adalah kepada semua ahli PERMATA dan ahli BKMNS dan daripada sasaran itu, seramai kira-kira 50 orang pelajar telah menghadiri Majlis Bersama Ulama’ tersebut.

Objektif daripada program ini:
      - Memperkenal dan mendekatkan ahli BKMNS khususnya dan seluruh ahli PERMATA amnya kepada ulama-ulama dunia.
      - Menanamkan dalam diri pelajar-pelajar rasa cinta kepada ilmu.

Antara pengisian program adalah:
1400 - Kedatangan para pelajar serta qasidah dan madaih
1430 - Kehadiran ulama’ jemputan dan rombongan
1500 - Tazkirah dan pesanan daripada Syeikh Abdul Fatah
1600 – Sesi soal jawab bersama Syeikh Abdul Fatah
1630 -Jamuan makan VIP dan solat Asar
1700 -Bersurai

Antara pesanan daripada Syeikh Abdul Fatah kepada para penuntut ilmu agama khususnya di bumi Jordan ini adalah menjaga keharmonian sesama ummat Islam walaupun terdapat khilaf dan salah faham antara sesama Muslim. Antara lainnya lagi adalah peringatan kepada pelajar untuk menjaga akhlak dan akhlak sebagai penuntut ilmu Allah khususnya dan sebagai umat Nabi Muhammad. Hendaklah mengambil Nabi Muhammad sebagai tela dan dalam bermuamalah sesama manusia.
Daripada keseluruhan program dapat disimpulkan bahawa kehadiran pelajar ke program ini sangat tidak memuaskan oleh kerana kehadiran tidak mencapai walau 1/3 daripada jumlah pelajar di Mu’tah khususnya. 
Manakala dapatan daripada pengisian program adalah sangat memuaskan berdasarkan komentar-komentar daripada para pelajar yang hadir.
Moga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan berharap agar para pelajar lebih memberikan perhatian terhadap program ilmu seperti ini berbanding pelbagai program lain yang ada di Jordan ini.

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers