Featured Article

Saturday 5 December 2015

PROGRAM SIMBIOSIS CINTA

Program yang dinamakan SIMBIOSIS CINTA ini adalah anjuran bersama Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan, Jordan (BKMNS) dan Rubat Al-Mahabbah dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ).

Program ini merupakan Program Mega BKMNS yang diadakan saban tahun. Dahulunya dikenali sebagai MAULID AKBAR dan pada tahun ini diberi nafas baru serta penganjurannya diperluas untuk semua Mahasiswa Malaysia di Jordan.

Negeri Sembilan yang dinamakan Darul Khusus terus subur dengan Majlis-majlis Ilmu dan Zikir, Impak positif ini diteruskan oleh Mahasiswa-mahasiawi waris Negeri Sembilan yang berada di Jordan. Di samping penganjuran halaqoh-halaqoh Ilmu penting juga untuk kita menyiarkan kecintaan kita kepada Allah dan Rasulnya, sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan Malaikat-malaikatnya berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, Berselawat dan Salamlah ke atasnya".

Aktiviti-aktiviti akan dianjurkan seperti maklumat berikut:
Tarikh : 25 Disember 2015 (Jumaat)
Tempat: Dewan Masjid Sayyidina Jaafar, Mazar, Al-Karak, Jordan

Tema:
( حب محمد ﷺ يئلف قلوبنا )
Loving Muhammad ﷺ Unite Us
Kecintaan Kepada Muhammad ﷺ Menyatukan Kita




Ikuti kami di media-media berikut untuk mendapatkan maklumat terkini:
1. Page FB Bkmns
2. Page FB Rubat Al-Mahabbah
3. Blog Rasmi BKMNS

"Berswadaya Menuju Kegemilangan"
"Membudayakan Tradisi Keilmuan Islam"





Thursday 24 September 2015

PERUTUSAN AIDILADHA 1436H/2015M


"الله أكبر الله أكبر الله أكبر و لله الحمد" 

Salam Aidil Adha buat saudara-saudara anak senegeri yang dikasihi di Bumi Syam,

Kedatangan Bulan Zulhijjah tahun ini adalah anugerah Allah SWT untuk hambanya dan sekalian Makhluknya. Dengan bulan yang penuh dengan rahmatNya ini, sarat dipenuhi dengan pelbagai Ibrah untuk dijadikan penghayatan buat Insan yg bersama berjuang Menuntut Ilmu Allah.

Dengan Tauladan yang dipamerkan oleh dua orang Nabi Allah SWT, Sayyiduna Ibrahim dan Sayyiduna Ismail Allahimassalam hasil dari perintah Allah, telah menghasilkan beberapa Ibrah dan Pengajaran yang amat berguna untuk kita semua bagi meneladani akhlak dan sikap mereka yang terpuji. Sebagai Penuntut Ilmu ALLAH, wajar utk kita semua mencontohi Akhlak Para Anbiya' dan menelusuri gaya kehidupan yang ditunjukkan kepada kita hari ini.

Semoga Kedatangan Zulhijjah dan Aidil Adha ini, kita sama-sama berhijrah dan bersungguh-sungguh meraih kejayaan di dunia dan di akhirat.

-Abdul Muiz bin Shafie-
Yang Di-Pertua,
Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS)


Sunday 23 August 2015

SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU!


Barisan kepimpinan BKMNS sesi 2015/2016 mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar baharu anak Negeri Sembilan ke Jordan. Tidak lupa ucapan tahniah kerana terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di sini. Semoga peluang ini digunakan sebaiknya untuk menuntut sebanyak ilmu dan pengalaman hidup.

Tuesday 19 May 2015

 KRONOLOGI PENGURUSAN ZAKAT BKMNS SESI 15/16.


Assalamualaikum Warahmatullah..
Disini, BIRO KEBAJIKAN DAN PENGURUSAN ZAKAT menyediakan KRONOLOGI BERKAITAN PENGURUSAN ZAKAT BKMNS bagi sesi 15/16.

Bagi sesiapa yang ingin memohon zakat lanjutan mahupun permohonan baru,anda semua dikehendaki untuk mengisi spreedsheet yang akan dikeluarkan pada 20 MEI.
Kerjasama daripada kalian amat dihargai.

sebarang pertanyaan boleh pm atau hubungi :
Halim Ismed
+9620776260199(call) / +60136854902(whatsapp)
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


Assalamualaikum dan selamat ber'imtihan' kepada semua Ahli BKMNS.
Semoga Mumtaz hendaknya.
Ingat, ada intensif Tok Mad nak beri. :)

Sila LIKE page FB kami:

Sedikit tazkirah untuk kita,

مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَم يَشَأْ لَمْ يَكُن
Maksudnya:
Apa yang Allah Ta’ala kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah Ta’ala tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku.

Huraian:
Semua yang dikehendaki Allah sejak azali (tiada permulaan) pasti berlaku,
dan apa yang Allah Ta’ala tidak kehendaki sejak azali pasti tidak berlaku.
Malah, perlaksanaan Allah (مَشِيئَةُ الله) tidak berubah kerana berubah-ubah adalah bukti sesuatu itu baharu (bermula daripada tiada).
Sifat baharu adalah mustahil kepada Allah (kerana Allah bersifat ‘قِدَم’ iaitu tiada permulaan).[1]

Maka, segala makhluk tidak mampu mengubah perlaksanaan Allah Ta’ala.
Segala usaha, ikhtiar, kejayaan dan kegagalan kita didalam pengetahuan dan perlaksanaan Allah sejak Azali.

Oleh itu wajib ke atas kita yang mukallaf mengimani perkara ini malah ia termasuk di dalam Rukun Iman ke enam iaitu beriman dengan qada’ dan qadar Allah.

Tawakkal

Sebagai seorang hamba, wajib ke atas kita untuk bertawakal kepada Allah.
Tawakkal adalah menyerahkan diri kepada Allah.
Sebahagian daripada kita salah faham bila untuk kita tawakkal.
Adakah selepas usaha dan ikhtiar baru tawakkal?

Tidak. Tawakkal adalah sebelum, semasa usaha dan sesudahnya iaitu sepanjang masa.
Adakah patut seorang hamba berusaha tanpa menyandarkan usaha dan diri sendiri kepada Tuhan?

Itulah penyerahan diri hamba kepada Tuhannya.

Hasilnya
Seorang hamba yang mantap akidahnya serta tinggi tawakkalnya, pasti dapat menghadapi apa jua cabaran dan ujian dengan redha dan bijaksana.
Apatah lagi kita sebagai mahasiswa ataupun ‘tolibul ilmi’, belajar di universiti dan ujian tidak dapat  dipisahkan.

Oleh itu, semoga kita semua diberi oleh Allah ta’ala taufik untuk mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan akhir semester ini, serta diberi keputusan yang cemerlang.

Apa lagi? Marilah kita bertawakal kepada Allah sebelum, semasa peperiksaan dan sesudahnya.

Wallahu wa Rasuluhu A’lam.

Disediakan oleh:
Biro Multimedia dan Publisiti (BMP) sesi '15/'16




[1] Huraian daripada kitab ‘Umdah Ar-Raghib’ ringkasan kitab ‘Bughyah At-Tolib’ oleh Syeikh Abdullah Al-Harari.

Saturday 16 May 2015

SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


Alhamdulillah, program pada 14 Mei 2015 ini telah berlangsung di Wisma Negeri  Sembilan, Mu’tah. Program yang dihadiri hampir 50 orang mahasiswa Universiti Mu’tah ini merupakan anjuran bersama tiga buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) iaitu:
  1.  Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS)
  2.  Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) dan
  3. Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Jordan (IMAMJ)

Objektif program ini adalah:


ü  Memperingati peristiwa sirah nabawiyah
ü  Merapatkan ukhwah antara ahli BKMNS dan BKAN lain

Objektif program ini disifatkan berjaya dengan dibuktikan oleh kemeriahan dan kemesraan para hadirin.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

1.       Solat Hajat Berjemaah yang diimami Ustaz Syafie Abdul Ghani, pelajar tahun 3



Bacaan Surah Yasin berjemaah diketuai oleh Ustaz Syed Dihya




Ucapan Israk Mikraj oleh ketua Biro Pembangunan Modal Insan (PMI) BKMNS Ustaz Hazmie bin Yunos


Ucapan Yang Di-Pertua  IMAMJ iaitu Ustaz Ayub Abdul Rahman



1.       Ucapan Yang Di-Pertua BKPJJ, Ustaz Faiq Khalid



Program ringkas ini diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan ringan








Program pengisian rohani seperti ini penting untuk menjadi pemangkin semangat para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester di samping menyerahkan segalanya kepada Allah (tawakkal).
Kami memohon doa tuan puan sekalian semoga kita semua ditemukan di syurga kelak.

“Berswadaya Menuju Kegemilangan” 

Sunday 10 May 2015

Program Induksi Kepimpinan Bersama Ahli Majlis Syura BKMNS 2014/2015 dan Mesyuarat Ahli Majlis Syura BKMNS 2015/2016 Kali Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh : 7 & 8 Mei 2015
Tempat : WISMA Negeri Sembilan, Mu'tah

Induksi kepimpinan bersama barisan kepimpinan BKMNS yang lama bagi menyampaikan amanat dan memberikan asas gerak kerja setiap Ahli Majlis Syura 2015/2016.

Semoga pimpinan yang baru ini dapat mengambil segala ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan untuk dijadikan panduan dalam memimpin BKMNS ke arah kegemilangan. Diharapkan juga mereka mampu meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecemerlangan BKMNS.

Selamat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Thursday 16 April 2015

Laporan Prestasi Mahasiswa/wi Syariah dan Bahasa Arab BKMNS

Bismillahirrahmanirrahim...

Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun dan kursus pengajian sesi 2012/2013

Ulasan : Majoriti mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengambil kursus Fiqh Wa Usuluh dengan bilangan 14 orang daripada 33 orang.

Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut keputusan dan kursus pengajian sesi 2012/2013

Ulasan : Bilangan mahasiswa/wi tajaan MAINS yang lulus dalam peperiksaan adalah seramai 33 orang tanpa gagal dan kebanyakan mahasiswa/si mendapat keputusan 'jayyid'.

 Analisa keseluruhan pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut kursus pengajian dan keputusan semasa sesi 2012/2013





 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun dan kursus pengajian sesi 2013/2014

Ulasan :  Kebanyakan mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengambil kursus pengajian Fiqh Wa Usuluh dan Bahasa Arab dengan bilangan 8 orang daripada 29 orang


 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut keputusan dan kursus pengajian sesi 2013/2014

Ulasan : Bilangan mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS yang lulus dalam peperiksaan adalah seramai 29 orang tanpa gagal dan kebanyakan pelajar mendapat keputusan 'jayyid'


 Analisa keseluruhan pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut kursus pengajian dan keputusan semasa sesi 2013/2014





 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun dan kursus pengajian sesi 2014/2015

Ulasan : Bilang mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS yang menuntut dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab bagi sesi akademik2014/2015 adalah seramai 25 orang


 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut keputusan dan kursus pengajian sesi 2014/2015

Ulasan : Bilang mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS yang lulus dalam peperiksaan adalah seramai 25 orang tanpa gagal



 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut kursus pengajian dan keputusan semasa sesi 2014/2015





Analisa keseluruhan bilangan mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun pengajian

Nota : Terdapat seorang mahasiswa tajaan penuh MAINS yang menyambung pengajian di Jordan dari Ijazah Sarjana Muda sehingga PhD


Analisa keseluruhan keputusan semasa mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun

Ulasan : Keputusan peperiksaan semasamahasiswa/wi tajaan penuh MAINS untuk setiap tahun adalah memberangsangkan tanpa ada seorang mahasiswa/wi yang gagal
  


Tentatif Perjumpaan Menteri Besar bersama Anak-anak Negeri Sembilan Di Jordan dan AGM serta AGD

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Khamis 23 April 2015 bersamaan 4 Rejab 1436 5 pm : Bergerak ke Amman 7 pm : Majlis bersama Menteri Besar 11 pm : Bergerak ke Qasr Lubnan, Jerash Hari Jumaat 24 April 2015 bersamaan 5 Rejab 1436 10 am : Persidangan bermula ( pembentangan laporan sesi 2014/15) 12 pm : Rehat solat makan 2 pm : Persidangan diteruskan ( penggantian tampuk pimpinan , ucapan dasar pimpinan 2015/16) 4 pm : Persidangan tamat 7 pm : Majlis makan malam bermula 11pm : Bertolak pulang

Friday 10 April 2015

Pembacaan Kitab Syamail Muhammadiah (bersiri)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang tiada berputus kasih sayangNya selama-lamanya kepada seluruh makhluk yang diciptaNya. Selawat serta salam kepada Penghulu Nabi Muhammad sallahu alaihi wa sallam seta ahli keluarga Baginda, yang diutus Tuhan dengan membawa sifat rahmat Tuhan ke seluruh alam. Manusia yang mencipta sejarah mentamadunkan masyrakat yang sangat-sangat jahil akan hukum Tuhan. Nama Baginda diseru di setiap penjuru alam dek kerana akhlak dan budi Baginda yang seolah-olah jelmaan malaikat di atas muka bumi ini.

      Kedatangan Rabiul Awwal datang menyentap tiap-tiap hati yang punyai rasa cinta dan kasih yang mendalam kepada Baginda. Maka rugilah insan yang tidak merasai kedatangan bulan Rabiul Muuhibbin ini dengan rasa yang lain tidak seperti bulan-bulan yang lain. Kerana rahmat yang dibawa Baginda, sesiapa yang berselawat kepada Baginda akan mendapat ‘selawat’ daripada Tuhan dengan 10 kali selawat yang mana 1 ‘selawat’ daripada Tuhan itu lebih bermakna daripada ibadah kita siang dan malam.

      Dan kerana sifat Rahim yang dibawa Baginda itu, dapat mencair dan seterusnya dapat menghubungkan hati-hati manusia dengan ikatan mahabbah kasih dan sayang, yang mana ikatan mahabbah sesama manusai itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan merasa mahabbah kepada Penghulu segala Rahim di kalangan makhluk iaitu Rasulullah. Maka tiada dapat mahabbah kepada ar-rasul itu melainkan dengan selawat kepada Baginda.

      Maka dengan rasa cinta dan rasa ingin menyebarkan cinta ini, pihak Pembangunan Modal Insan BKMNS sesi 2014 / 2015 dengan kerjasama Rubat Mahabbah menganjurkan program Pembacaan Kitab Syamail Muhammadiah. Kitab ini adalah hasil pengumpulan Imam Tirmizi berkenaan hadis kelebihan dan kemuliaan Rasulullah yang telah dibukukan pada zaman ini. Program pembacaan ini dipimpin oleh saudara Ustaz Zulhafizi bin Salim dan juga saudara Ustaz Hanafie yang juga merupakan antara pelajar yang luas pengalaman mereka dalam bertalaqqi bersama para alim ulama’ sekitar Jordan.


      Dengan pimpinan bacaan daripada pelajar yang hebat di Jordan ini khususnya di Mu’tah ini, maka pembacaan kitab Syamail Muhammadiah turut diserikan dengan pelbagai syarah yang telah mereka perolehi hasil daripada jihad mereka menimba ilmu bersama para alim ulama’. Moga dengan program seperti ini dapat membantu para pelajar untuk membina suasana sunnah yang sebenar-benarnya seterusnya dapat mengajak rakan-rakan pelajar yang lain untuk terus menghidupkan sunnah, setidak-tidaknya mengetahui sunnah Baginda sallallahu alaihi wa sallam.

Dengan itu, pihak pengelola program telah membawakan beberapa objektif.
1. Menghidupkan budaya sunnah Nabi Muhammad
2. Menambahkan perasaan cinta kepada Rasulullah
3. Menambahkan pengetahuan tentang sirah Nabi Muhammad serta sosok tubuh insan yang paling berjasa kepada ummat ini
4. Menersukan budaya para alim ulama’ di setiap bulan Rabiul Awwal

       Program ini telah berlangsung pada 2 hingga 21 Januari 2015 bersamaan 10 hingga 29 Rabiul Awwal 1436 dengan bertemakan " Kamu Bersama dengan Siapa Yang Kamu Cintai " dengan kerjasama Rubat Almahabbah.

Semoga dengan program Pembacaan Kitab Syamail Muhammadiah ini dapat memupuk lagi rasa cinta serta kasih kita akan Penghulu Ummat ini, Nabi Muhammad sallallhu alaihi wa sallam. Tambahan, dapat kita sebarkan kasih dan sayang yang telah dibawa oleh Baginda sallallahu alaihi wa sallim.

Gambar ketika program ini berlangsung.




















Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers