Featured Article

Thursday 16 April 2015

Laporan Prestasi Mahasiswa/wi Syariah dan Bahasa Arab BKMNS

Bismillahirrahmanirrahim...

Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun dan kursus pengajian sesi 2012/2013

Ulasan : Majoriti mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengambil kursus Fiqh Wa Usuluh dengan bilangan 14 orang daripada 33 orang.

Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut keputusan dan kursus pengajian sesi 2012/2013

Ulasan : Bilangan mahasiswa/wi tajaan MAINS yang lulus dalam peperiksaan adalah seramai 33 orang tanpa gagal dan kebanyakan mahasiswa/si mendapat keputusan 'jayyid'.

 Analisa keseluruhan pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut kursus pengajian dan keputusan semasa sesi 2012/2013





 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun dan kursus pengajian sesi 2013/2014

Ulasan :  Kebanyakan mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengambil kursus pengajian Fiqh Wa Usuluh dan Bahasa Arab dengan bilangan 8 orang daripada 29 orang


 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut keputusan dan kursus pengajian sesi 2013/2014

Ulasan : Bilangan mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS yang lulus dalam peperiksaan adalah seramai 29 orang tanpa gagal dan kebanyakan pelajar mendapat keputusan 'jayyid'


 Analisa keseluruhan pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut kursus pengajian dan keputusan semasa sesi 2013/2014





 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun dan kursus pengajian sesi 2014/2015

Ulasan : Bilang mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS yang menuntut dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab bagi sesi akademik2014/2015 adalah seramai 25 orang


 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut keputusan dan kursus pengajian sesi 2014/2015

Ulasan : Bilang mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS yang lulus dalam peperiksaan adalah seramai 25 orang tanpa gagal



 Analisa pencapaian akademik mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut kursus pengajian dan keputusan semasa sesi 2014/2015





Analisa keseluruhan bilangan mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun pengajian

Nota : Terdapat seorang mahasiswa tajaan penuh MAINS yang menyambung pengajian di Jordan dari Ijazah Sarjana Muda sehingga PhD


Analisa keseluruhan keputusan semasa mahasiswa/wi tajaan penuh MAINS mengikut tahun

Ulasan : Keputusan peperiksaan semasamahasiswa/wi tajaan penuh MAINS untuk setiap tahun adalah memberangsangkan tanpa ada seorang mahasiswa/wi yang gagal
  


Tentatif Perjumpaan Menteri Besar bersama Anak-anak Negeri Sembilan Di Jordan dan AGM serta AGD

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Khamis 23 April 2015 bersamaan 4 Rejab 1436 5 pm : Bergerak ke Amman 7 pm : Majlis bersama Menteri Besar 11 pm : Bergerak ke Qasr Lubnan, Jerash Hari Jumaat 24 April 2015 bersamaan 5 Rejab 1436 10 am : Persidangan bermula ( pembentangan laporan sesi 2014/15) 12 pm : Rehat solat makan 2 pm : Persidangan diteruskan ( penggantian tampuk pimpinan , ucapan dasar pimpinan 2015/16) 4 pm : Persidangan tamat 7 pm : Majlis makan malam bermula 11pm : Bertolak pulang

Friday 10 April 2015

Pembacaan Kitab Syamail Muhammadiah (bersiri)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang tiada berputus kasih sayangNya selama-lamanya kepada seluruh makhluk yang diciptaNya. Selawat serta salam kepada Penghulu Nabi Muhammad sallahu alaihi wa sallam seta ahli keluarga Baginda, yang diutus Tuhan dengan membawa sifat rahmat Tuhan ke seluruh alam. Manusia yang mencipta sejarah mentamadunkan masyrakat yang sangat-sangat jahil akan hukum Tuhan. Nama Baginda diseru di setiap penjuru alam dek kerana akhlak dan budi Baginda yang seolah-olah jelmaan malaikat di atas muka bumi ini.

      Kedatangan Rabiul Awwal datang menyentap tiap-tiap hati yang punyai rasa cinta dan kasih yang mendalam kepada Baginda. Maka rugilah insan yang tidak merasai kedatangan bulan Rabiul Muuhibbin ini dengan rasa yang lain tidak seperti bulan-bulan yang lain. Kerana rahmat yang dibawa Baginda, sesiapa yang berselawat kepada Baginda akan mendapat ‘selawat’ daripada Tuhan dengan 10 kali selawat yang mana 1 ‘selawat’ daripada Tuhan itu lebih bermakna daripada ibadah kita siang dan malam.

      Dan kerana sifat Rahim yang dibawa Baginda itu, dapat mencair dan seterusnya dapat menghubungkan hati-hati manusia dengan ikatan mahabbah kasih dan sayang, yang mana ikatan mahabbah sesama manusai itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan merasa mahabbah kepada Penghulu segala Rahim di kalangan makhluk iaitu Rasulullah. Maka tiada dapat mahabbah kepada ar-rasul itu melainkan dengan selawat kepada Baginda.

      Maka dengan rasa cinta dan rasa ingin menyebarkan cinta ini, pihak Pembangunan Modal Insan BKMNS sesi 2014 / 2015 dengan kerjasama Rubat Mahabbah menganjurkan program Pembacaan Kitab Syamail Muhammadiah. Kitab ini adalah hasil pengumpulan Imam Tirmizi berkenaan hadis kelebihan dan kemuliaan Rasulullah yang telah dibukukan pada zaman ini. Program pembacaan ini dipimpin oleh saudara Ustaz Zulhafizi bin Salim dan juga saudara Ustaz Hanafie yang juga merupakan antara pelajar yang luas pengalaman mereka dalam bertalaqqi bersama para alim ulama’ sekitar Jordan.


      Dengan pimpinan bacaan daripada pelajar yang hebat di Jordan ini khususnya di Mu’tah ini, maka pembacaan kitab Syamail Muhammadiah turut diserikan dengan pelbagai syarah yang telah mereka perolehi hasil daripada jihad mereka menimba ilmu bersama para alim ulama’. Moga dengan program seperti ini dapat membantu para pelajar untuk membina suasana sunnah yang sebenar-benarnya seterusnya dapat mengajak rakan-rakan pelajar yang lain untuk terus menghidupkan sunnah, setidak-tidaknya mengetahui sunnah Baginda sallallahu alaihi wa sallam.

Dengan itu, pihak pengelola program telah membawakan beberapa objektif.
1. Menghidupkan budaya sunnah Nabi Muhammad
2. Menambahkan perasaan cinta kepada Rasulullah
3. Menambahkan pengetahuan tentang sirah Nabi Muhammad serta sosok tubuh insan yang paling berjasa kepada ummat ini
4. Menersukan budaya para alim ulama’ di setiap bulan Rabiul Awwal

       Program ini telah berlangsung pada 2 hingga 21 Januari 2015 bersamaan 10 hingga 29 Rabiul Awwal 1436 dengan bertemakan " Kamu Bersama dengan Siapa Yang Kamu Cintai " dengan kerjasama Rubat Almahabbah.

Semoga dengan program Pembacaan Kitab Syamail Muhammadiah ini dapat memupuk lagi rasa cinta serta kasih kita akan Penghulu Ummat ini, Nabi Muhammad sallallhu alaihi wa sallam. Tambahan, dapat kita sebarkan kasih dan sayang yang telah dibawa oleh Baginda sallallahu alaihi wa sallim.

Gambar ketika program ini berlangsung.




















Keputusan Pilihan Raya 2015/2016

Bismillahirrahmanirrahim...

Yang Di Pertua
Abdul Muiz bin Shafie          44

Timbalan Yang Di Pertua
Nurul Ezzatie binti Shuaimi          43

Setiausaha Agung
Amir Hamzah bin Ishak          74

Timbalan Setiausaha Agung
Nurul Arifah binti Azhar          47

Bendahari Agung
Muhammad Amirul As-Shadeq bin Azhar          50

Timbalan Bendahari Agung
Norfaizah binti Abu Kassim          66

Ketua Biro Pembangunan Modal Insan
Nor Hazmie bin Yunus          59

Timbalan Biro Pembangunan Modal Insan
Farzana binti Maluin          33

Ketua Biro Kebajikan dan Pengurusan Zakat
Mohamad Halim bin Ismed          44

Timbalan Biro Kebajikan dan Pengurusan Zakat
Farah Ainin Sofiya binti Mohd Abdul          49

Ketua Biro Ekonomi dan Keusahawanan
Nur Halim bin Mohamad (menang tanpa bertanding)

Timbalan Biro Ekonomi dan Keusahawanan
Zaida Anatasha binti Zuarkhanain (menang tanpa bertanding)

Ketua Biro Multimedia
Ahmad Fitry bin Mohd Elias          63

Timbalan Ketua Biro Multimedia
Nur Hidayati Syakirah binti Kamarudzaman          48


TAHNIAH KEPADA BARISAN KEPIMPINAN BKMNS 2015/2016




Suruhanjaya Pilihan Raya 2015/2016

Bismillahirrahmanirrahim...

Saban tahun, pilihanraya diadakan untuk memberi peluang kepada ahli Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) Jordan memimpin sekaligus melatih jiwa-jiwa muda ini berada di tampuk kepimpinan.

Oleh itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah ditubuhkan untuk menjadi pengelola pilihan raya peringkat Bdan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) saban tahun. Pihak SPR juga berhak untuk menetapkan dan meneraju perjalanan pilihan raya di peringkat BKMNS.
           
            Pihak SPR 15/16 membawakan dua objektif pada pilihan raya yang telah berlangsung.
1. Memudahkan dan melancarkan gerak kerja pilihanraya peringkat BKAN.
2. Membantu pihak kepimpinan mencari barisan pelapis.

Pilihan raya ini berlangsung pada 6 hingga 22 Mac 2015

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers