Featured Article

Tuesday 13 December 2016

TAHNIAH : PU RAIHAN


Assalamualaikum w.b.t

Ucapan tahniah daripada seluruh ahli BKMNS kepada PU Raihan 
atas pencapaian beliau dalam rancangan realiti islam Pencetus Ummah.
Semoga dengan pencapaian ini semangat dakwah dapat ditingkatkan.

Buat makluman semua, beliau merupakan bekas ahli BKMNS.

Sunday 11 December 2016

TAKZIAH : AL-MARHUM USTAZ SHEIKH HAJI MOHAMAD MUHSIN B. SHEIKH HAJI AHMAD


Assalamualaikum w.b.t

Seluruh ahli Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga al-marhum Ustaz Sheikh Haji Mohamad Muhsin bin Sheikh Haji Ahmad.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، 
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار.
---------------------------------------------

Beliau adalah generasi tahfiz pertama di Malaysia semenjak zaman Tuanku Abdul Rahman dahulu yang pada ketika itu hanya terdiri daripada 8 orang pelajar sahaja. Sekarang ini dikenali sebagai Darul Quran JAKIM.

Merupakan anak kepada Mufti Pertama Negeri Sembilan dan beliau juga adalah penerima Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan tahun 1435 Hijrah.

Beliau adalah pengetua di Maahad Tahfiz Al-Quran As-Sa'idiyyah sejak tahun 2000. Sebelum itu pernah mendapat tawaran untuk dicalonkan menjadi pengetua di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) tetapi beliau menolak.

Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Merupakan antara pengasas Maahad Tahfiz Hassan Bolkiah, Brunei Darussalam.

Terlibat dalam musabaqah Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan sebagai hakim.

Beliau juga merupakan antara panel pemeriksa mushaf Al-Quran untuk edaran di Malaysia.

Friday 25 November 2016

TAKAFUL INTER-BKAN




 YDP, Saudara Khairul Amirin menyerahkan dokumen pengesahan kepada wakil UZS

Assalamualaikum w.b.t
Untuk makluman semua BKMNS telah bersetuju untuk mencarum di tabung Takaful Inter-BKAN yang danjurkan oleh MPMMJ dibawah kelolaan Unit Zakat dan Sedekah Se-Jordan-UZS.

Sekian, terima kasih.  

Sunday 20 November 2016

SUMBANGAN KEPADA AHLI BKMNS


Sesi penyerahan sumbangan 

YDPah BKMNS, Saudari Hidayati Syakirah menyampaikan sumbangan kepada Aswan Cheding.


Tarikh : 19 November 2016
Tempat : Irbid, Jordan

Alhamdulillah, sumbangan telah selamat diterima oleh saudara Aswan Cheding.
Semoga sumbangan yang diberi dapat meringankan beban saudara.

Saturday 19 November 2016

PERJUMPAAN KALI KEDUA AMS SESI 16/17 DAN PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA MACS & TFTN

Sesi Mesyuarat




 Sesi Penerangan daripada pihak MACS & TFTN





Sesi Penyerahan Sumbangan kepada pihak MACS & TFTN
Wakil MACS (Saudara Amirul Ridzwan)

Wakil TFTN (Saudari Hidayu Hatta)


Sesi Fotografi



Tarikh : 19 November 2016
Tempat : Sekolah TFTN, Irbid

Wednesday 20 July 2016

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI & KHATAM AL-QURAN






Majlis Sambutan Aidilfitri dan Khatam Al-Quran
Tarikh: 16 JULAI 2016
Tempat: PUSKOM, IRBID


Majlis ini telah diadakan oleh BKAN Negeri Sembilan dgn kerjasama BKAN Johor dan BKAN Melaka.

Majlis ini memriahkan lagi suasana hari raya di Jordan. Ketupat, rendang, dan berbagai kuih raya dapat mengubat rindu beraya di kampung halaman Malaysia.

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KOSONG2 YE :)

DARI KAMI PELAJAR NEGERI SEMBILAN DI JORDAN

((minal aidin wal faizin))

UCAPAN IKHLAS SELAMAT HARI RAYA BKMNS JORDAN




UCAPAN IKHLAS SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA NEGERI SEMBILAN JORDAN










Pihak BKMNS Jordan ingin meminta beribu kemaafan kepada seluruh warga dunia yg mengenali ataupun terlanjur mengenali kami. Kullu Am Waantum Bikhoir.

Tangan dihulur maaf dipinta
 Erat hubungan sesama kita
 Semoga gembira di hari yang mulia ini
 Salah dan silap harap dimaafi 
Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir dan Batin

*ps//: pantun tk cukup syarat hehe

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN BACAAN YAASIN BKMNS







Majlis Berbuka Puasa dan Bacaan Yaasin BKMNS
Tarikh: 16 JUJN 2016
Tempat: IRBID

Pihak perwakilan BKMNS telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa BKMNS dan Bacaan Yaasin untuk sama-sama berkongsi kenikmatan berbuka puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Tentatif seperti di dalam gambar
Ade 'barbeque' tu yang menyedapkan lagi juadah berbuka puasa kami hehehe
RAMADHAN KAREEM :D

Thursday 12 May 2016

MAJLIS SOLAT HAJAT DAN HAFLAH KHIRIJIN






- IRBID -




Sesi penyampaian cenderamata kepada bakal khirijin.




- MAFRAQ -










Tarikh    : 12 Mei 2016
Tempat : Irbid dan Mafraq

Program Solat Hajat dan Haflah Khirijin merupakan suatu program bagi meraikan ahli BKMNS yang bakal menamatkan pengajian mereka di Jordan bagi Fasal Thani (Semester Dua) dan Fasal Soifi (Semester Musim Panas) ini, Di samping itu, diadakan juga sesi perkongsian daripada senior-senior berpengalaman tentang tips-tips belajar serta nasihat dan taujihat mereka kepada ahli BKMNS. 

Diharapnya segala pesanan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh senior-senior ini dapat memberikan semangat dan azam yang tinggi kepada seluruh ahli BKMNS dalam menhadapi Imtihan Nihaie (Peperiksaan Akhir) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bittaufiq wannajah semua.





Friday 6 May 2016

FESTIVAL ISRAK MIKRAJ












Tarikh   : 6 Mei 2016, Jumaat
Tempat : WISMA Negeri Sembilan, Mu'tah

Ativiti - aktiviti menarik telah diadakan:
  • Bazar jualan kitab
  • Majlis tausiyyah dan maulid
  • Hari terbuka maktabah wisma

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers