Featured Article

Tuesday 13 December 2016

TAHNIAH : PU RAIHAN


Assalamualaikum w.b.t

Ucapan tahniah daripada seluruh ahli BKMNS kepada PU Raihan 
atas pencapaian beliau dalam rancangan realiti islam Pencetus Ummah.
Semoga dengan pencapaian ini semangat dakwah dapat ditingkatkan.

Buat makluman semua, beliau merupakan bekas ahli BKMNS.

Sunday 11 December 2016

TAKZIAH : AL-MARHUM USTAZ SHEIKH HAJI MOHAMAD MUHSIN B. SHEIKH HAJI AHMAD


Assalamualaikum w.b.t

Seluruh ahli Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga al-marhum Ustaz Sheikh Haji Mohamad Muhsin bin Sheikh Haji Ahmad.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، 
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار.
---------------------------------------------

Beliau adalah generasi tahfiz pertama di Malaysia semenjak zaman Tuanku Abdul Rahman dahulu yang pada ketika itu hanya terdiri daripada 8 orang pelajar sahaja. Sekarang ini dikenali sebagai Darul Quran JAKIM.

Merupakan anak kepada Mufti Pertama Negeri Sembilan dan beliau juga adalah penerima Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan tahun 1435 Hijrah.

Beliau adalah pengetua di Maahad Tahfiz Al-Quran As-Sa'idiyyah sejak tahun 2000. Sebelum itu pernah mendapat tawaran untuk dicalonkan menjadi pengetua di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan (ITQAN) tetapi beliau menolak.

Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Merupakan antara pengasas Maahad Tahfiz Hassan Bolkiah, Brunei Darussalam.

Terlibat dalam musabaqah Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan sebagai hakim.

Beliau juga merupakan antara panel pemeriksa mushaf Al-Quran untuk edaran di Malaysia.

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers