Featured Article

Saturday 30 December 2017

MAJLIS SOLAT HAJAT & HAFLAH KHIRIJEEN

Badan Kebajikan Mahasiswa Ngeri Sembilan Jordan telah mengadakan Haflah Khirijeen & Solat Hajat di dua Mantiqah iaitu Irbid dan Mu'tah. Majlis ini bertujuan untuk meraikan bakal-bakal graduan yang teridiri daripada ahli BKMNS sendiri yang akan menamatkan pengajian mereka di Jordan.

Haflah Khirijeen & Solat Hajat yang diadakan di Irbid adalah anjuran bersama Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA).



Friday 22 December 2017

FAMILY DAY BKMNS 2017: PETRA

Pada 22 Disember 2017, Seramai 42 orang ahli BKMNS telah menyertai "Family Day" yang dianjurkan oleh BKMNS yang diadakan di Petra, Jordan.



Sunday 10 September 2017

CARTA ORGANISASI DAN POSTER PENGENALAN BKMNS SESI 2017/2018

Memperkenalkan barisan kepimpinan Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) bagi sesi 2017/2018 dan sedikit pengenalan tentang Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan.




Sunday 11 June 2017

MAJLIS KHATAM QURAN & EDARAN BUBUR LAMBUK

Pada 11/6/2017, Ahad, 6 BKAN telah mengadakan Majlis Khatam Quran dan Bubur Lambuk. Hasil kerjasama BKAN :
1)JOHOR
2)NEGERI SEMBILAN
3)KEDAH
4)KELANTAN
5)SELANGOR
6)WILAYAH PERSEKETUAN

Tentatif program:
6 : 30 - Kehadiran ahli BKAN-BKAN ke WISMA BKMNS,Mu'tah.
6 : 40 - Mula Majlis Khatam.
          -Bacaan surah Al-Qariah hingga An-Nas oleh semua hadirin.
7 : 20 - Penyampaian hadiah khirijin utk BKMNS negeri 9 sahaja.
7 : 40 - Berbuka puasa.


Thursday 18 May 2017

LIGA FUTSAL MAWADDAH

Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) Jordan menganjurkan 'Liga Futsal Mawaddah' dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ), Ikatan Mahasiswa Melaka Jordan (IMAMJ) & Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan.
Untuk pengetahuan semua, liga ini melibatkan ahli-ahli Badan Kebajikan Negeri bahagian selatan. Butiran program adalah seperti berikut:
Hari: Khamis
Tarikh: 18 Mei 2017
Tempat: Solah Askari, Mu'tah


Wednesday 19 April 2017

INDUKSI KEPIMPINAN AMS SESI 2016/2017 DAN SESI 2017/2018 DAN MESYUARAT KALI PERTAMA SESI 2017/2018

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah induksi kepimpinan Ahli Majlis Syura sesi 2016/2017 dan sesi 2017/2018 telah diadakan pada 14 & 15 April 2017 berserta mesyuarat pertama bagi sesi 2017/2018, bertempat di Wisma Negeri Sembilan, Mu'tah. Induksi kepimpinan diadakan bagi barisan kepimpinan BKMNS sesi 2016/2017 untuk menyampaikan gerak kerja dan memberi sedikit sebanyak amanat kepada pimpinan baru.

Semoga Ahli Majlis Syura sesi 2017/2018 dapat mengaplikasikan ilmu yang diturunkan oleh pimpinan lama dengan sebaiknya untuk menjalankan amanah dan tugas. Diharapkan pimpinan BKMNS sesi 2017/2018 dapat meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecemerlangan BKMNS.






Selamat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

ANNUAL GRAND MEETING & ANNUAL GRAND DINNER BKMNS 2017/2018

7/7/2017

Assalamualaikum w.b.t.

Telah berlangsungnya Annual Grand Meeting dan Annual Grand Dinner Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan. Annual Grand Meeting dan Annual Grand Dinner BKMNS telah diadakan di Meneur Hotel, Amman pada 7 April 2017.

ANNUAL GRAND MEETING.
Alhamdulillah, Ahli Majlis Syura BKMNS sesi 2016/2017 telah selamat bersidang.Terdapat pemindaan pada Perlembagaan BKMNS. AGM telah berlangsung dari pagi sehingga petang.




ANNUAL GRAND DINNER.
Annual Grand Dinner telah berlangsung pada malam 7 April 2017 di tempat yang sama, Meneur Hotel, Amman. Berapa aktiviti telah dijalankan ketika majlis makan malam tersebut berlangsung. Ahli BKMNS menginap selama satu malam di hotel tersebut dan pulang pada keesokan harinya.





Terima kasih atas segala jasa dan keringat yang dicurahkan oleh Ahli Majlis Syura 2016/2017 untuk BKMNS. Tahniah dan takziah diucapkan kepada Ahli Majlis Syura BKMNS sesi 2017/2018. Semoga pimpinan baru dapat melaksanakan tugas dengan baik.


Wednesday 1 March 2017

ASSEMBLE OF LOVE



ASSEMBLE OF LOVE 
MU'TAH
24 JANUARI 2017

Satu program yang telah diadakan dengan kerjasama daripada Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) sendiri dan juga badan - badan NGO yang lain.
Program telah selamat dijalankan dengan jayanya.

~BERSWADAYA MENUJU KEGEMILANGAN~ :)

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers