Featured Article

Monday 10 September 2018

MAAL HIJRAH 1440H

Asssalamualaikum WBT.


Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan ingin mengucapkan selamat menyambut Awal Muharram 1440 H.
Semoga Allah menerima setiap amalan kita pada tahun-tahun yang berlalu. Semoga tahun baru ini menjadikan kita seorang hamba yang beriman dan bertakwa.


Friday 31 August 2018

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN YANG KE-61

Assalamualaikum WBT
Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61. Semoga kemerdekaan yang kita kecapi sentiasa dipertahankan oleh strata masyarakat . Semoga kita menjadi manusia yang merdeka minda dan jiwanya.


Tuesday 28 August 2018

CARTA ORGANISASI & POSTER PENGENALAN

Assalamualaikum WBT
Bersempena Sambutan Mahasiswa Baru 2018, Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) berbesar hati untuk memperkenalkan barisan kepimpinan bagi sesi 2018/2019.
Kami amat mengalu-alukan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi baru ke Jordan. Selamat maju jaya kami ucapkan.




Tuesday 21 August 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439 H

Assalamualaikum WBT.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha daripada kami Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan. 
Semoga raya kali ini kita raikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Mari kita sama-sama menghayati kisah Nabi Ibrahim dan anak Baginda, Nabi Ismail. 
Semoga Allah menerima setiap amalan kita.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال . كل عام وأنتم بخير .


Thursday 21 June 2018

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1439 H

Assalamualaikum WBT.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Lebaran buat semua muslimin dan muslimat. 
Semoga Syawal kali ini kita raikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Semoga Allah menerima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang lalu.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri daripada kami Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan. 

.تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال . كل عام وأنتم بخير


Wednesday 16 May 2018

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1439H


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 

" Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa. " (Surah al-Baqarah, 2: 183)

.
Selamat menyambut bulan Ramadhan 1439H dan menjalani ibadah puasa daripada kami Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan.

Semoga kehadiran Ramadhan dapat menjadikan kita seorang hamba yang bertakwa dan lebih dekat dengan-Nya. Semoga Allah menerima setiap amalan kita. Ameen.




INDUKSI AHLI MAJLIS SYURA BKMNS SESI 2018/2019

Alhamdulillah pada 3 Mei 2018 (Khamis) telah diadakan induksi Ahli Majlis Syura Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Sesi 2018/2019 bersama saf kepimpinan yang lama bertempat di Imarah Bukhari, Irbid.
Diharap agar waghih sekalian mendoakan saf kepimpinan BKMNS yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya.



Friday 16 March 2018

HARI WISMA: MU'TAH

Pada 16 Mac 2018, Jumaat, telah diadakan Hari Wisma di mana ahli-ahli BKMNS bergotong-royong di Wisma BKMNS yang terletak di Mu'tah, Jordan.












Friday 9 March 2018

ZIARAH MAHABBAH AMT BKMNS

Pada 8 & 9 Mac 2018, BKMNS telah mengadakan solat hajat di Irbid bersempena imtihan awwal sekaligus mendoakan kesihatan ibu kepada saudara Imran Rawi dan Ziarah Mahabbah AMT BKMNS di Irbid & Mafraq. Kemudian memaklumkan tentang penukaran Sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada sistem Syura kerana BKMNS kekurangan ahli dan hendak mencari AMM yang benar-benar komited.





Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers