Dengan nama
Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, yang tiada
berputus kasih sayangNya selama-lamanya kepada seluruh makhluk yang diciptaNya.
Selawat serta salam kepada Penghulu Nabi Muhammad sallahu alaihi wa sallam seta
ahli keluarga Baginda, yang diutus Tuhan dengan membawa sifat rahmat Tuhan ke
seluruh alam. Manusia yang mencipta sejarah mentamadunkan masyrakat yang
sangat-sangat jahil akan hukum Tuhan. Nama Baginda diseru di setiap penjuru
alam dek kerana akhlak dan budi Baginda yang seolah-olah jelmaan malaikat di
atas muka bumi ini.
Kedatangan Rabiul Awwal
datang menyentap tiap-tiap hati yang punyai rasa cinta dan kasih yang mendalam
kepada Baginda. Maka rugilah insan yang tidak merasai kedatangan bulan Rabiul
Muuhibbin ini dengan rasa yang lain tidak seperti bulan-bulan yang lain. Kerana
rahmat yang dibawa Baginda, sesiapa yang berselawat kepada Baginda akan
mendapat ‘selawat’ daripada Tuhan dengan 10 kali selawat yang mana 1 ‘selawat’
daripada Tuhan itu lebih bermakna daripada ibadah kita siang dan malam.
Dan kerana sifat Rahim yang
dibawa Baginda itu, dapat mencair dan seterusnya dapat menghubungkan hati-hati
manusia dengan ikatan mahabbah kasih dan sayang, yang mana ikatan mahabbah
sesama manusai itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan merasa mahabbah
kepada Penghulu segala Rahim di kalangan makhluk iaitu Rasulullah. Maka tiada
dapat mahabbah kepada ar-rasul itu melainkan dengan selawat kepada Baginda.
Maka dengan rasa cinta dan
rasa ingin menyebarkan cinta ini, pihak Pembangunan Modal Insan BKMNS sesi 2014
/ 2015 dengan kerjasama Rubat Mahabbah menganjurkan program Pembacaan Kitab
Syamail Muhammadiah. Kitab ini adalah hasil pengumpulan Imam Tirmizi berkenaan
hadis kelebihan dan kemuliaan Rasulullah yang telah dibukukan pada zaman ini.
Program pembacaan ini dipimpin oleh saudara Ustaz Zulhafizi bin Salim dan juga
saudara Ustaz Hanafie yang juga merupakan antara pelajar yang luas pengalaman
mereka dalam bertalaqqi bersama para alim ulama’ sekitar Jordan.
Dengan pimpinan bacaan daripada
pelajar yang hebat di Jordan ini khususnya di Mu’tah ini, maka pembacaan kitab
Syamail Muhammadiah turut diserikan dengan pelbagai syarah yang telah mereka
perolehi hasil daripada jihad mereka menimba ilmu bersama para alim ulama’.
Moga dengan program seperti ini dapat membantu para pelajar untuk membina
suasana sunnah yang sebenar-benarnya seterusnya dapat mengajak rakan-rakan
pelajar yang lain untuk terus menghidupkan sunnah, setidak-tidaknya mengetahui
sunnah Baginda sallallahu alaihi wa sallam.
Dengan itu, pihak pengelola program telah membawakan beberapa objektif.
1. Menghidupkan budaya sunnah Nabi
Muhammad
2. Menambahkan perasaan cinta kepada Rasulullah
3. Menambahkan pengetahuan tentang sirah Nabi Muhammad serta sosok
tubuh insan yang paling berjasa kepada ummat ini
4. Menersukan budaya para
alim ulama’ di setiap bulan Rabiul Awwal
Program ini telah berlangsung pada 2 hingga 21 Januari 2015 bersamaan 10 hingga 29 Rabiul Awwal 1436 dengan bertemakan " Kamu Bersama dengan Siapa Yang Kamu Cintai " dengan kerjasama Rubat Almahabbah.
Semoga dengan program Pembacaan Kitab Syamail Muhammadiah
ini dapat memupuk lagi rasa cinta serta kasih kita akan Penghulu Ummat ini,
Nabi Muhammad sallallhu alaihi wa sallam. Tambahan, dapat kita sebarkan kasih
dan sayang yang telah dibawa oleh Baginda sallallahu alaihi wa sallim.
Gambar ketika program ini berlangsung.