Featured Article

PERLEMBAGAAN


KANDUNGAN PERLEMBAGAAN





BAB PERTAMA  : PENGENALAN

FASAL 1 : NAMA
FASAL 2 : PENUBUHAN
FASAL 3 : ALAMAT
FASAL 4 : COGANKATA DAN LOGO
FASAL 5 : PENAUNG

BAB KEDUA  DASAR , OBJEKTIF DAN AKTIVITI AM

FASAL 6 : DASAR
FASAL 7 : OBJEKTIF
FASAL 8 : AKTIVITI

BAB KETIGA  KEAHLIAN
FASAL  9  : KEANGGOTAAN AHLI
FASAL 10 : JENIS-JENIS KEAHLIAN
FASAL 11 : SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
FASAL 12 : HAK KEAHLIAN 
FASAL 13 : TANGGUNGJAWAB AHLI
FASAL 14 : PELUCUTAN AHLI
FASAL 15 : YURAN KEAHLIAN

BAB KEEMPAT  STRUKTUR PENTADBIRAN
FASAL 16 : MAJLIS-MAJLIS

BAB KELIMA  MAJLIS SYURA

FASAL 17 : TAKRIF
FASAL 18 : KEANGGOTAAN
FASAL 19 : BIDANG TUGAS
FASAL 20 : KEKOSONGAN DI DALAM MAJLIS SYURA

BAB KEENAM  MAJLIS PENASIHAT
FASAL 21 : TAKRIF
FASAL 22 : KEANGGOTAAN

BAB KETUJUH  MAJLIS EKSEKUTIF

FASAL 23 : TAKRIF
FASAL 24 : KEANGGOTAAN

BAB KELAPAN  KUASA,TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 
FASAL 25 : KEKOSONGAN DALAM PERWAKILAN ZON

BAB KESEMBILAN  MESYUARAT

FASAL 26 : BIDANG KUASA
FASAL 27 : JENIS MESYUARAT

BAB KESEPULUH  KEWANGAN

FASAL 28 : SUMBER KEWANGAN
FASAL 29 : PENGELUARAN
FASAL 30 : PENYEMAKAN KEWANGAN HARTA BKMNS

BAB KESEBELAS  SYARAT-SYARAT AM

FASAL 31 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
FASAL 32 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

BAB KEDUABELAS  PERLEMBAGAAN PILIHANRAYA


LAMPIRAN A :
KETERANGAN LOGO










PERLEMBAGAAN
BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA 
NEGERI SEMBILAN JORDAN( BKMNS )



BAB PERTAMA : PENGENALAN

FASAL 1 : NAMA

BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA NEGERI SEMBILAN JORDAN (BKMNS)

الجمعية الخيرية للطلبة نجري سمبيلن بالأردن

NEGERI SEMBILAN’S STUDENTS WELFARE SOCIETY OF JORDAN
*dipinda pada sesi 2014/2015

FASAL 2 : PENUBUHAN

Telah ditubuhkan pada hari Jumaat 8 Disember 2000M bersamaan 12 Ramadhan 1421H.

FASAL 3 : ALAMAT

P.O. BOX 27
61621 Mu'tah , Karak
T.H.K. of Jordan
*dipinda pada sesi 2014/2015

FASAL 4 : COGANKATA DAN LOGO

4.1 Cogan kata  BERSWADAYA MENUJU KEGEMILANGAN

4.2 Logo  : ( Sila rujuk Lampiran A )

FASAL 5 : PENAUNG

5.1 Menteri Besar Negeri Sembilan
Pejabat Menteri Besar,
Tingkat 5, Blok B
Wisma Negeri, 70503 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus

5.2 Kedutaan Besar Malaysia ke Amman
Jalan Umawiyyin,Abdoun
P.OBox 5351,Amman 11183
T.H.K. of Jordan

BAB KEDUA : DASAR , OBJEKTIF DAN AKTIVITI AM

FASAL 6 : DASAR

Menitik beratkan kebajikan pelajar di dalam suasana bekerjasama dan muhibah di kalangan pelajar berlandaskan al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias.





FASAL 7 : OBJEKTIF

7.1 Memelihara hal ehwal kebajikan ahli BKMNS.
7.2 Menjadi saluran rasmi di antara pelajar Negeri Sembilan dengan badan-badan rasmi  Kerajaan Negeri Sembilan,Yayasan Pelajaran Negeri Sembilan dan lain-lain.
7.3 Menjadi sumber rujukan dan khidmat nasihat dalam menangani masalah antara pelajar-pelajar Negeri Sembilan.
7.4 Memelihara imej yang baik di kalangan pelajar.
7.5 Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar.
7.6 Bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan 
( MPPMJ )

FASAL 8 : AKTIVITI

8.1 Merancang aktiviti bagi meningkatkan pencapaian akademik.
8.2 Bekerjasama dengan pihak-pihak yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar baru.
8.3 Mengadakan program-program berbentuk ilmiah,majlis-majlis sambutan dan lain-lain.
8.4 Mendapatkan sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti dan kebajikan bagi semua ahli.
8.5 Mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pertubuhan.

BAB KETIGA : KEAHLIAN

FASAL 9 :  KEANGGOTAAN KEAHLIAN

9.1 Berumur 18 tahun ke atas dan mengikuti pengajian di mana-mana pusat pengajian tinggi di Jordan .
9.2 Mengisi borang keahlian dan membayar yuran(Tertakluk pada sesi pentadbiran)
9.3 Setiap pelajar yang mendapat pinjaman MAINS secara automatik menjadi ahli BKMNS.

FASAL 10 : JENIS-JENIS KEAHLIAN

10.1 Ahli Rasmi :-

1. Dilahirkan di Negeri Sembilan dan menetap di Negeri Sembilan sekurang-kurangnya 10 tahun.
2.  Atau tidak menjadi ahli rasmi mana-mana persatuan atau badan kebajikan anak negeri.
3.  Menerima pinjaman MAINS.

10.2 Ahli Bersekutu :-

1. Suami atau isteri adalah ahli rasmi BKMNS dan masih menuntut di peringkat pengajian tinggi di Jordan.
2.  Salah seorang dari ibu atau bapa warganegeri Negeri Sembilan.
3. Pernah bermastautin di Negeri Sembilan dalam tempoh sekurang-kurangnya 3 tahun.

FASAL 11 : SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN KEAHLIAN

11.1 Mengisi borang yang disediakan BKMNS.
11.2 Membayar yuran pendaftaran keahlian (Tertakluk pada sesi pentadbiran)
11.3 Setiap ahli yang diterima akan dimaklumkan secara bertulis oleh pihak AMS.
FASAL 12 : HAK KEAHLIAN

12.1 Ahli Rasmi :-

1.  Berhak menikmati keistimewaan dan perkhidmatan yang disediakan oleh BKMNS.
2.  Berhak menghadiri mesyuarat agung dan menyuarakan pandangan.
3.  Layak untuk dicalonkan dalam apa-apa jua jawatan dalam BKMNS.

12.2 Ahli Bersekutu :-

1.Berhak menikmati keistimewaan serta perkhidmatan kebajikan yang disediakan oleh BKMNS.
2. Berhak menghadiri mesyuarat agung dan berhak bersuara.
3. Layak dicalonkan dalam jawatan ketua dan penolong biro serta perwakilan zon.
*dipinda pada sesi 2015/2016

FASAL 13 : TANGGUNGJAWAB AHLI

13.1 Menghormati Perlembagaan BKMNS.
13.2 Memelihara nama baik BKMNS.
13.3 Mewujudkan suasana muhibah dan kerjasama sesama ahli dan bukan ahli.
13.4 Menjelaskan yuran keahlian (Tertakluk pada sesi pentadbiran)
13.5 Mengikuti program-program yang dijalankan oleh BKMNS.

FASAL 14 : PERLUCUTAN KEAHLIAN

Setelah tamat pengajian tinggi di Jordan dan tidak lagi menetap di sini.

FASAL 15 : YURAN KEAHLIAN

Bayaran yuran tahunan ditetapkan oleh AMS BKMNS pada setiap sesi pentadbiran.

BAB KEEMPAT : STRUKTUR PENTADBIRAN
FASAL 16 : MAJLIS-MAJLIS

16.1 Majlis Syura :-

1.  Yang Di-pertua
2.  Timbalan Yang Di-pertua( merangkap Ketua HEWI )
3.  Setiausaha Agung
4.  Timbalan Setiausaha Agung( merangkapSetiausaha HEWI )
5.  Bendahari Agung
6.  Timbalan Bendahari Agung( merangkapBendahari HEWI )
7.  Ketua dan Timbalan Ketua Biro 
7.1 Biro Pembangunan Modal Insan
7.2 Biro Kebajikan dan Pengurusan Zakat
7.3 Biro Ekonomi dan Keusahawanan
7.4 Biro Multimedia dan Publisiti
*dipinda pada sesi 2013/2014
8.  Perwakilan Zon 
8.1 Perwakilan Amman
8.2 Perwakilan Irbid
8.3 Perwakilan Mafraq
8.4 Perwakilan Mutah
*dipinda pada sesi 2014/2015


16.2 Hal Ehwal Siswi ( HEWI )
Dianggotai oleh ahli siswi ( BKMNS )


BAB KELIMA : MAJLIS SYURA

FASAL 17 : TAKRIF

Majlis Syura merupakan sebuah badan tertinggi di dalam BKMNS Jordan dan berkuasa membuat segala keputusan kecuali meminda Perlembagaan BKMNS.

FASAL 18 : KEANGGOTAAN

Terdiri daripada:-

1.  Yang Di-Pertua
2.  Timbalan Yang Di-Pertua
3.  Setiausaha Agung
4.  Timbalan Setiausaha Agung
5.  Bendahari Agung
6.  Timbalan Bendahari Agung
7.  Ketua dan Timbalan Ketua Biro 
7.1 Biro Pembangunan Modal Insan
7.2 Biro Kebajikan dan Pengurusan Zakat 
7.3 Biro Ekonomi dan Keusahawanan
7.4 Biro Multimedia dan Publisiti
*dipinda pada sesi 2013/2014
8.  Perwakilan Zon 
8.1 Perwakilan Amman
8.2 Perwakilan Irbid
8.3 Perwakilan Mafraq
8.4 Perwakilan Mutah
*dipinda pada sesi 2014/2015


FASAL 19 : BIDANG KUASA

19.1 Majlis Syura berkuasa membuat keputusan kecuali meminda Perlembagaan BKMNS.
19.2 Sebarang pindaan atau perubahan perlembagaan  boleh dibuat oleh Ahli Majlis Syura ( AMS ) jika mendapat persetujuan majoriti daripada ahli Majlis Mesyuarat Agung BKMNS.
*dipinda pada sesi 2013/2014
19.3 Berhak membahas dan meluluskan usul-usul yang melibatkan pindaan perlembagaan BKMNS yang telah mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung .
19.4 Membatalkan sesuatu aktiviti yang bercanggah dengan dasar dan objektif-objektif BKMNS.
19.5 Memberi nasihat kepada ahli BKMNS.


FASAL 20 : KEKOSONGAN DI DALAM MAJLIS SYURA

Apabila berlaku kekosongan di dalam Majlis Syura dengan sebab perletakan jawatan atau sebagainya,maka anggota-anggota yang masih kekal di dalam Majlis Syura hendaklah melantik dan menggantikan kekosongan tersebut dengan anggota baru.

BAB KEENAM : PENASIHAT

FASAL 21 : TAKRIF

Penasihat merupakan orang yang bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dan bimbingan serta mengawasi dan membantu kelicinan dan keserasian perjalanan pentadbiran BKMNS mengikut peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan BKMNS ini.

FASAL 22 : KEANGGOTAAN

22.1   Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan ( JHEAINS )
Karung Berkunci No. 30
70990 Seremban , Negeri Sembilan Darul Khusus

22.2  Jabatan Penuntut Malaysia ( JPM ) Jordan
No. 24, Mohd Bassem Al Khammash Street,
Sweifeih,P.O Box 143310,
Amman 111825, T.H.K. of Jordan.

22.3 Dua orang Penasihat Pelajar yang dipilih di dalam Mesyuarat Ahli Majlis Syura dikalangan ahli.

BAB KETUJUH : MAJLIS EKSEKUTIF
*dipinda pada sesi 2014/2015 
FASAL23 TAKRIF


FASAL 24 : KEANGGOTAAN



FASAL 25 : KEKOSONGAN DI DALAM MAJLIS EKSEKUTIF


BAB KELAPAN : KUASA ,  TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

FASAL 26 : BIDANG TUGAS

26.1 Yang Di-pertua :-

1.  Memimpin BKMNS dan bertanggungjawab ke arah kemajuannya.
2.  Mempengerusikan setiap mesyuarat.
3.  Mengeluarkan kenyataan kepada umum bagi pihak BKMNS.
4.  Menandatangani bersama-sama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung BKMNS.
5.  Menandatangani surat-surat akuan.
6.  Memberi arahan untuk mengadakan mesyuarat.
7. Menggunakan budi bicara dan kebijaksanaan di dalam memutuskan sebarang masalah yang memerlukan tindakan segera.
8.  Mewakili BKMNS di dalam hubungan luar dan dalam negara.
9.  Bertanggungjawab memimpin hal ehwal ahli BKMNS.

26.2 Timbalan Yang Di-pertua (Ketua HEWI):-

1.  Membantu Yang Di-pertua dalam menjalankan tugas-tugasnya.
2.  Membantu jawatan Yang Di-pertua sewaktu ketiadaannya.
3.  Memangku jawatan Yang Di-pertua secara langsung semasa perletakan jawatan.
4.  Mempengerusikan hal ehwal siswi.
5.  Berusaha menyelesaikan masalah yang berkaitan hal ehwal siswi.
6.  Mengadakan rancangan dan menjalankan aktiviti yang sesuai dengan siswi.
7.  Berusaha merapatkan silaturahim antara siswi.

26.3 Setiausaha Agung :-

1.  Menyediakan surat pekeliling mesyuarat dengan arahan Yang Di-pertua.
2.  Menyediakan Minit Mesyuarat Agung dan mengedarkannya kepada setiap ahli rasmi.
3.  Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat Majlis Syura dan perwakilan zon.
4.  Menyediakan dan mengemukakan laporan tahunan BKMNS.
5.  Memanggil ahli-ahli mesyuarat atas arahan Yang Dipertua.
6.  Menguruskan urusan surat menyurat dan bertanggungjawab menyimpan fail-fail BKMNS.
7.  Menguruskan borang keahlian BKMNS.
8.  Memangku jawatan Yang DiPertua dan Timbalan Yang DiPertua semasa ketiadaan keduanya.
9. Setiausaha Agung boleh diberi kuasa atas arahan Yang Dipertua untuk mengeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak BKMNS.
10. Menandatangani surat-surat yang diluluskan bagi pihak Yang Dipertua dengan persetujuannya.

26.4 Timbalan Setiausaha Agung (Setiausaha HEWI):-

1. Memangku jawatan Setiausaha Agung ketika ketiadaannya.
2. Bekerjasama dan membantu Setiausaha Agung dalam tugas-tugasnya.
3. Membantu Setiausaha Agung mencatit dan menyiapkan minit mesyuarat.
26.5 Bendahari Agung :-
1.  Menjadi pengerusi kewangan BKMNS.
2.  Bertanggungjawab di atas segala urusan kewangan BKMNS.
3.  Menyediakan dan menyempurnakan segala penyata kewangan BKMNS.
4.  Menyediakan dan menyempurnakan akaun keluar masuk wang BKMNS.
5.  Bertanggungjawab mengumpul dan menyimpan yuran pendaftaran daripada ahli BKMNS.
6.  Berusaha menambahkan kewangan BKMNS.
7.  Membuat anggaran perbelanjaan BKMNS untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.
8. Menandatangani bersama-sama Yang Dipertua dalam semua urusan pengeluaran BKMNS.
*Dipinda pada sesi 2015/2016


26.6 Timbalan Bendahari Agung (Bendahari HEWI) :-

1.  Memangku jawatan Bendahari Agung sewaktu ketiadaaannya.
2.  Membantu Bendahari Agung menjalankan tugas bagi pihak siswi.

26.7 Perwakilan setiap zon :-
*Dipinda pada sesi 2015/2016

1.  Berusaha mengeratkan hubungan dikalangan ahli BKMNS.
2.  Memberi penerangan dari masa ke masa mengenai perkembangan dan matlamat BKMNS.
3. Membantu Bendahari Agung mengutip yuran keahlian dan sumber kewangan yang lain(Tertakluk pada sesi pentadbiran)
4. Membantu menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan oleh BKMNS.
5. Berusaha mengumpul,menyediakan dan menyampaikan maklumat khas mengenai perkembangan aktiviti serta perkara yang berkaitan dengan hal ehwal semasa.
6. Menghantar aktiviti-aktiviti tahunan dan laporan kewangan kepada Setiausaha Agung sebelum Mesyuarat Agung.
7. Menyediakan perancangan aktiviti dan belanjawan tahunan sebulan selepas Mesyuarat Agung

BAB KESEMBILAN : MESYUARAT

FASAL 27 : JENIS MESYUARAT

27.1 Mesyuarat Agung Tahunan :-

1.  Diadakan sekali dalam setahun.
2.  Dihadiri dua pertiga daripada ahli rasmi BKMNS.
3.  Anggota mesyuarat adalah terdiri daripada ahli BKMNS.
4.  Keputusan mesyuarat adalah muktamad dan dikuatkuasakan selepas keputusan tersebut dibuat.
5.  Mesyuarat Agung dipengerusikan oleh Pengerusi Sidang dan Setiausaha Sidang l dan ll yang dilantik di dalam Mesyuarat Agung.
6.  Borang usul dan cadangan hendaklah diedarkan 3 hari sebelum mesyuarat agung.

27.2 Mesyuarat Tergempar :-

1.  Majlis Syura boleh mengadakan mesyuarat ini kerana suatu perkara
yang difikirkan perlu atau diadakan dengan kehendak dua pertiga ahli 
BKMNS secara bertulis.
2.  Boleh diadakan dengan kehadiran satu perdua ahli BKMNS.
3.  Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Di-pertua BKMNS.
4.  Panggilan mesyuarat dibuat oleh Setiausaha Agung.
5.  Keputusan dibuat adalah sah dan muktamad selepas mesyuarat diadakan.

27.3 Mesyuarat Majlis Syura dan perwakilan zon

27.4 Mesyuarat Agung Khas :-

1. Diadakan secara automatik jika kehadiran ahli rasmi tidak mencapai dua pertiga dalam mesyuarat agung tahunan.
2. Sebarang pindaan perlembagaan boleh dilakukan dalam mesyuarat ini walaupun bilangan ahli mesyuarat agung tahunan tidak mencapai dua pertiga .
*dipinda pada sesi 2014/2015


BAB KESEPULUH : KEWANGAN

FASAL 28 : SUMBER KEWANGAN

28.1 Yuran keahlian (Tertakluk pada sesi pentadbiran)
28.2 Sumbangan derma
28.3 Hasil kegiatan
28.4 Sumber-sumber lain

FASAL 29 : PENGELUARAN

29.1 Untuk tujuan :-

1.  Pentadbiran.
2.  Bantuan dan pinjaman untuk anggota BKMNS.
3.  Membeli keperluan untuk kegunaan BKMNS  dan kebajikan ahli.
4.  Perbelanjaan majlis yang dikelolakan oleh BKMNS.
5.  Perkara-perkara lain yang difikirkan perlu.

29.2 Cara penggunaan :-

1. Setiap peruntukan dan perbelanjaan BKMNS yang melebihi daripada JD 100 hendaklah mendapat persetujuan daripada Yang Di-pertua dan Bendahari Agung BKMNS.
2. Segala perbelanjaan atau pengeluaran hendaklah secara bertulis.
3.  Bagi tujuan BAB KESEPULUH ,FASAL 29.1 ceraian 2 adalah seperti berikut :-
a-Hendaklah membuat permohonan bertulis kepada Yang Di-pertua dan Bendahari Agung BKMNS.
b-Setiap bantuan atau pinjaman serta yang berkaitan dengannya hendaklah mendapat kelulusan YDP dan Bendahari Agung.
3. Sebarang sumbangan untuk selain ahli BKMNS atau program anjuran selain BKMNS hendaklah tidak melebihi JD 15.00
*dipinda pada sesi 2015/2016

FASAL 30 : PENYEMAKAN KEWANGAN DAN HARTA BKMNS

30.1 Semua urusan wang keluar masuk hendaklah dicatit oleh Bendahari Agung.
30.2 Penyemakan kewangan dan harta BKMNS akan disemak oleh Juruaudit :-

1.  Dua orang Juruaudit hendaklah dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan.
2.  Bidang tugas Juruaudit :-

I. Meneliti segala catatan dalam hal ehwal kewangan dan harta  BKMNS pada bila-bila masa dengan memberi notis sekurang-     kurangnya tujuh hari.
II.Mengesahkan Penyata Kewangan BKMNS.
III.Berhak meminta keterangan lanjut dari mana-mana AJK        BKMNS jika diperlukan dalam menjalankan tugasnya.
IV.Berhak memberi pendapat ke atas laporan kewangan yang dibuat oleh Bendahari Agung untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

BAB KESEBELAS : SYARAT-SYARAT AM

FASAL 31 : PINDAAN PERLEMBAGAAN

1. Sebarang cadangan pindaan perlembagaan hendaklah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas dan hanya diterima dengan persetujuan majoriti daripada ahli yang hadir.
*dipinda pada sesi 2015/2016
2. Sebarang cadangan pindaan perlembagaan yang dibuat oleh AMS yang bukan dalam Mesyuarat Agung Tahunan hanya diterima apabila dipersetujui dua pertiga daripada ahli rasmi BKMNS


FASAL 32 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

32.1 Sebarang butiran yang terdapat di dalam perlembagaan ini diterima mengikut semua pengertian dengan syarat ia tidak bercanggah dengan dasar dan objektif BKMNS.
32.2 Sebarang pertikaian terhadap mana-mana fasal dalam perlembagaan ini hendaklah dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung dan keputusannya adalah muktamad.

FASAL 33 : PEMBUBARAN

33.1 Berlaku secara automatik apabila ketiadaan ahli BKMNS di Jordan.
33.2 Sekiranya BKMNS tidak dapat memenuhi dasar dan tujuan penubuhannya maka pembubaran boleh berlaku dengan persetujuan dua pertiga daripada bilangan ahli BKMNS.
33.3 Ahli sidang hendaklah melantik dua orang Juruaudit dan tiga orang AJK pemegang amanah selepas keputusan pembubaran dipersetujui.
33.4 Segala hutang-piutang BKMNS adalah tanggungjawab ahli bersama.
33.5 Sebarang hak milik BKMNS selepas pembubaran ini hendaklah diserahkan kepada mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif dan dasar yang sama atau didermakan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

BAB KEDUABELAS : PERLEMBAGAAN PILIHANRAYA

FASAL 34 : PILIHANRAYA

34.1 Tarikh Pilihanraya
Pilihanraya BKMNS hendaklah diadakan sebelum atau pada hari Mesyuarat Agung.

34.2 Suruhanjaya Pilihanraya :-

1. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan bebas yang dilantik oleh Majlis Syura dari kalangan ahli rasmi BKMNS.
2. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya akan melantik ahli jawatankuasa dikalangan ahli dari badan kebajikan anak negeri yang lain dan dipersetujui oleh Majlis Syura.
3. Suruhanjaya Pilihanraya hanya berhak mengundi dan tidak berhak diundi dalam pilihanraya tersebut.
4.Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah menguruskan perjalanan pilihanraya supaya  berjalan dengan licin dan teratur.
5. Suruhanjaya Pilihanraya berhak membuat peraturan pilihanraya yang adil dan saksama.
6. Suruhanjaya Pilihanraya tidak dibenarkan berkempen di dalam pilihanraya tersebut.

34.3 Kelayakan calon
34.3.1 Ahli-ahli rasmi BKMNS yang masih berbaki sekurang-kurangnya 2 semester panjang pengajian, layak dicalonkan untuk ketua sebarang jawatan dalam AMS.
34.3.2 Ahli-ahli bersekutu BKMNS yang masih berbaki sekurang-kurangnya 2 semester panjang pengajian, layak dicalonkan untuk  jawatan ketua dan penolong biro serta perwakilan zon.

34.4 Keputusan Pilihanraya
Keputusan Pilihanraya hendaklah diumumkan selepas satu hari dari tarikh pilihanraya dan diisytiharkan dalam Mesyuarat Agung oleh Pengerusi Pilihanraya atau wakilnya.

34.5 Bantahan :-

1.  Sekiranya terdapat sebarang bantahan rasmi terhadap kesahihan keputusan pilihanraya,sebuah Suruhanjaya Khas akan dibentuk oleh Lembaga Penasihat.
2.  Keputusan terhadap bantahan hendaklah dibuat dalam masa dua minggu daripada tarikh pilihanraya dan ia adalah muktamad.
LAMPIRAN A















KETERANGAN LOGO :-

BUKU :
Melambangkan prinsip dan panduan hidup.Al-Quran merupakan panduan hidup seluruh umat manusia.

BENDERA NEGERI :
Melambang wakil-wakil pelajar Negeri Sembilan di Jordan.

BENDERA JORDAN :
Melambang tempat menuntut ilmu pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Jordan.

TAHUN 2000M dan 1422H :
Tahun penubuhan Badan Kebajikan Negeri Sembilan Jordan.

BADAN KEBAJIKAN MAHASISWA NEGERI SEMBILAN JORDAN :
Melambangkan bahasa pertuturan (Bahasa Melayu) yang digunakan oleh pelajar-pelajar Negeri Sembilan di Jordan.

BKMNS :
Singkatan bagi Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan.

HURUF JAWI :
Melambangkan antara jurusan yang diambil iaitu Pengajian Syariah Islamiah dan Bahasa Arab.

BERSWADAYA MENUJU KECEMERLANGAN :
Merupakan motto rasmi BKMNS.


KETERANGAN WARNA :-

WARNA BIRU :
Melambangkan persaudaraan,ukhuwa dan perpaduan yang wujud dikalangan pelajar Negeri Sembilan.

WARNA HIJAU DAN PUTIH :
Melambangkan kesucian agama Islam,keagungan ilmu dan ketenangan hati.

PENERANGAN MOTTO :-

BERSWADAYA MENUJU KEGEMILANGAN :
Bermaksud pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri,sentiasa bersikap terbuka dan berhemah tinggi dalam usaha menuju kejayaan demi agama,bangsa dan negara.


Perlembagaan BKMNS secara asasnya digubal setelah diperbincangkan lalu disahkan serta dikuatkuasakan pada hari Jumaat , 09 Disember 2000 M bersamaan 12 Ramadhan  1421 H dalam Mesyuarat Penubuhan  Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan ( BKMNS ) di Mu'tah , Jordan.

Saban tahun perlembagaan BKMNS diperkemaskini dalam Mesyuarat Agung Tahunan BKMNS oleh ahli-ahli. Perlembagaan ini diperbincangkan dan disahkan oleh ahli Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS) serta dikuatkuasakan setelah sesi Usul dan Cadangan dalam Majlis Mesyuarat Agung Khas Kali ke-15 pada hari Jumaat, 25 Mac 2016 bersamaan 16 Jamadil Akhir 1437 Hijri bertempat di Dewan Mu’tamarat Universiti Yarmouk ,Irbid.










Perlembagaan ini disemak dan dikemaskini oleh :


_________________________
(AMIR HAMZAH BIN ISHAK)
Setiausaha Agung,
Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan,
Sesi Pentadbiran 2015/2016





Disahkan oleh :






________________________
(ABDUL MUIZ BIN SHAFIE)
Yang Di-Pertua,
Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan,
Sesi Pentadbiran 2015/2016

0 comments:

Post a Comment