Featured Article

INFO WISMA BKMNS




WISMA NEGERI SEMBILAN

PENGENALAN WISMA :

Wisma merupakan satu tempat yang di gunakan untuk tujuan pengurusan , pentadbiran dan program yang dikendalikan di bawah organisasi Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan ( BKMNS).Ia mula di tubuhkan pada tahun 2005 melalui permohonan kepada pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

OBJEKTIF PENUBUHAN  :

·         Memantapkan dan melicinkan pentadbiran.
·         Merapatkan silaturahim di antara ahli-ahli BKMNS.
·         Memudahkan perjalanan aktiviti dan program.
·         Menjadi pusat aktiviti bagi semua pelajar Negeri Sembilan di Jordan.
Menjadi rumah transit bagi pegawai – pegawai kerajaan yang melawat Jordan.

PELAN WISMA :



2
3


1

7
4
5
6











1)      Bilik program &      musolla                                                                                                                                    
        2)      Bilik tetamu
        3)      Maktabah wisma
        4)      Pejabat
        5)      Tandas
        6)      Dapur
        7)      Ruang tamu

KEISTIMEWAAN WISMA :

·         Berdekatan dengan masjid utama ( Masjid Syuhadak)
·         Berhadapan dengan jalan utama.
·         Berada di tengah-tengah pekan.
·         Berdekatan dengan stesen bas.
·         Bersebelahan dengan rumah pelajar Negeri Sembilan.


ORGANISASI WISMA SESI 2013/2014  :

PENAUNG  :
Menteri BesarNegeri Sembilan
Kedutaan Malaysia Jordan

PENASIHAT  :
Ahli Majlis Syura BKMNS

KETUA    :
Aizuddin bin Omar

TIMBALAN    :
Nurul Ezzati binti Shuaimi



      PERATURAN PENGGUNAAN WISMA  [SESI 13/14 ]

PROSEDUR PENYEWAAN :

1)      Penyewa mestilah membuat tempahan kepada pihak pengurusan wisma selewat –lewatnya 3 hari sebelum tarikh yang ingin  di tempah begitu juga penginapan dan program-program besar.

2)      Bagi tempahan study group ,meeting perlulah membuat tempahan 1 hari sebelum tarikh yang ingin di tempah.

3)      Tempoh yang dibenarkan untuk sewaan penginapan adalah selama  3hari ( jika hendak melebihi 3 hari bergantung kepada budi bicara pihak pengurusan ).

4)      Penyewa yang ingin membuat tempahan wisma untuk penginapan hendaklah mengambil dan mengisi borang sewaan wisma daripada pihak pengurusan wisma.

5)      Sewaan untuk kegunaan study group  ,meeting atau aktiviti-aktiviti permata hanya boleh mengunakan ‘’hall’’ sahaja tanpa penggunaan maktabah,dapur dan bilik tetamu.

6)      Sekiranya penggunaan wisma bertindih di antara dua program ,pihak wisma akan mendahulukan program yang lebih penting .

7)      Penyewa bertanggungjawab keatas kebersihan wisma.

8)      Penyewa dilarang sama sekali untuk membawa aset –aset wisma keluar tanpa keizinan dan pengetahuan pengurus wisma.

9)      Penyewa akan diberikan resit oleh pihak pengurusan wisma setiap kali sewaan aset-aset wisma dilakukan.

10)  Segala perubahan tertakluk kepada pihak pengurusan wisma.






BAYARAN


Bil.
Aset wisma
Harga
1.
Sewaan wisma      (penginapan )
1)      3JD (seorang) untuk semalaman.
2)      1.50JD bagi seorang jika bilagan melebihi 10 orang untuk 1 malam.
3)      Untuk ahli BKMNS akan dikenakan bayaran sebanyak  JD 1.50 selepas 5 hari sewaan wisma untuk semalam.


2.
Mesyuarat
0.5JD bagi sekali penggunaan.
3.
Dapur
1)      4JD bagi setiap penggunaan dapur dan barang-barang dapur tanpa membawanya  keluar (tidak termasuk penggunaan gas)
2)      2JD bagi penggunaan dapur tanpa menggunakan barang-barang dapur wisma.
3.
maktabah
Tidak disewakan untuk sebarang aktiviti luar.

4.

Kelas


tiada bayaran  dikenakan



SEWAAN  ASET WISMA

Bil.
Asetwisma
Harga
1.
Meja ping pong
1)      2JD setiap sekali penggunaan tanpa membawanya keluar dari kawasan wisma (tidak termasuk bat ping pong dan bola)
2)      2.50 JD bagi setiap sekali kegunaan diluar kawasan wisma (hanya dibenarkan selama 3 hari sahaja dan tidak termasuk bat dan bola ping pong)

2.
Food processor
2JD bagi setiap sekali kegunaan.

3.
Oven
2JD setiap sekali kegunaan.
4
Mesin basuh
2 JD setiap sekali kegunaan.

5.
firosh
0.50JD setiap 3 unit.

6.
Meja bulat
0.50JD setiapsatu unit.

7.
Kerusi roda
0.50 setiapsatu unit.


8.

pinggan

0.50 setiap 10 unit.
9.
Cawan
0.50 setiap 10 unit.
10.
Talam
0.25 setiap 1 unit.
11.
sudu
0.50JD setiap 10 unit .
12.
Garfu
0.50 setiap 10 unit.

13

Set pinggan VIP

3JD (ikut kuantiti pinggan  yang di pinjam)

14
Haler
2JD sekali penggunaan.


DENDA

KEBERSIHAN   :

Penyewa akan dikenakan kompaun sebanyak 3JD jika meninggalkan wisma dalam keadaan yang tidak bersih .

KEROSAKAN :

Penyewa akan dikenakan kompaun mengikut harga asset yang telah dirosakan ataupun menggantikan semula aset tersebut dengan yang baru.

KELEWATAN PEMULANGAN ASET  :

Setiap aset yang dipulangkan lewat dari masa yang telah ditetapkan akan dikenakan kompaun sebanyak 0.25JD sehari untuk setiap satu aset yang di pinjam.





                             DI SEDIAKAN OLEH :
Biro Kebajikan danPengurusan Zakat
Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan
Sesi 2014/2015

0 comments:

Post a Comment