SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER
Assalamualaikum dan selamat ber'imtihan' kepada semua Ahli BKMNS.
Semoga Mumtaz hendaknya.
Ingat, ada intensif Tok Mad nak beri. :)
Sila LIKE page FB kami:
Sedikit tazkirah untuk kita,
مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَم يَشَأْ لَمْ يَكُن
Maksudnya:
Apa yang Allah Ta’ala kehendaki pasti berlaku dan apa
yang Allah Ta’ala tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku.
Huraian:
Semua yang dikehendaki Allah sejak azali (tiada
permulaan) pasti berlaku,
dan apa yang Allah Ta’ala tidak kehendaki sejak azali
pasti tidak berlaku.
Malah, perlaksanaan Allah (مَشِيئَةُ الله)
tidak berubah kerana berubah-ubah adalah bukti sesuatu itu baharu (bermula
daripada tiada).
Maka, segala makhluk tidak mampu mengubah perlaksanaan
Allah Ta’ala.
Segala usaha, ikhtiar, kejayaan dan kegagalan kita
didalam pengetahuan dan perlaksanaan Allah sejak Azali.
Oleh itu wajib ke atas kita yang mukallaf mengimani
perkara ini malah ia termasuk di dalam Rukun Iman ke enam iaitu beriman dengan
qada’ dan qadar Allah.
Tawakkal
Sebagai seorang hamba, wajib ke atas kita untuk
bertawakal kepada Allah.
Tawakkal adalah menyerahkan diri kepada Allah.
Sebahagian daripada kita salah faham bila untuk kita
tawakkal.
Adakah selepas usaha dan ikhtiar baru tawakkal?
Tidak. Tawakkal adalah sebelum, semasa usaha dan
sesudahnya iaitu sepanjang masa.
Adakah patut seorang hamba berusaha tanpa menyandarkan
usaha dan diri sendiri kepada Tuhan?
Itulah penyerahan diri hamba kepada Tuhannya.
Hasilnya
Seorang hamba yang mantap akidahnya serta tinggi tawakkalnya,
pasti dapat menghadapi apa jua cabaran dan ujian dengan redha dan bijaksana.
Apatah lagi kita sebagai mahasiswa ataupun ‘tolibul
ilmi’, belajar di universiti dan ujian tidak dapat dipisahkan.
Oleh itu, semoga kita semua diberi oleh Allah ta’ala
taufik untuk mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan akhir semester ini,
serta diberi keputusan yang cemerlang.
Apa lagi? Marilah kita bertawakal kepada Allah
sebelum, semasa peperiksaan dan sesudahnya.
Wallahu wa Rasuluhu A’lam.
Disediakan oleh:
Biro Multimedia dan Publisiti (BMP) sesi '15/'16
Disediakan oleh:
Biro Multimedia dan Publisiti (BMP) sesi '15/'16
[1] Huraian daripada kitab ‘Umdah Ar-Raghib’
ringkasan kitab ‘Bughyah At-Tolib’ oleh Syeikh Abdullah Al-Harari.
0 comments:
Post a Comment