Featured Article

Tuesday 19 May 2015

 KRONOLOGI PENGURUSAN ZAKAT BKMNS SESI 15/16.


Assalamualaikum Warahmatullah..
Disini, BIRO KEBAJIKAN DAN PENGURUSAN ZAKAT menyediakan KRONOLOGI BERKAITAN PENGURUSAN ZAKAT BKMNS bagi sesi 15/16.

Bagi sesiapa yang ingin memohon zakat lanjutan mahupun permohonan baru,anda semua dikehendaki untuk mengisi spreedsheet yang akan dikeluarkan pada 20 MEI.
Kerjasama daripada kalian amat dihargai.

sebarang pertanyaan boleh pm atau hubungi :
Halim Ismed
+9620776260199(call) / +60136854902(whatsapp)
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


Assalamualaikum dan selamat ber'imtihan' kepada semua Ahli BKMNS.
Semoga Mumtaz hendaknya.
Ingat, ada intensif Tok Mad nak beri. :)

Sila LIKE page FB kami:

Sedikit tazkirah untuk kita,

مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَم يَشَأْ لَمْ يَكُن
Maksudnya:
Apa yang Allah Ta’ala kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah Ta’ala tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku.

Huraian:
Semua yang dikehendaki Allah sejak azali (tiada permulaan) pasti berlaku,
dan apa yang Allah Ta’ala tidak kehendaki sejak azali pasti tidak berlaku.
Malah, perlaksanaan Allah (مَشِيئَةُ الله) tidak berubah kerana berubah-ubah adalah bukti sesuatu itu baharu (bermula daripada tiada).
Sifat baharu adalah mustahil kepada Allah (kerana Allah bersifat ‘قِدَم’ iaitu tiada permulaan).[1]

Maka, segala makhluk tidak mampu mengubah perlaksanaan Allah Ta’ala.
Segala usaha, ikhtiar, kejayaan dan kegagalan kita didalam pengetahuan dan perlaksanaan Allah sejak Azali.

Oleh itu wajib ke atas kita yang mukallaf mengimani perkara ini malah ia termasuk di dalam Rukun Iman ke enam iaitu beriman dengan qada’ dan qadar Allah.

Tawakkal

Sebagai seorang hamba, wajib ke atas kita untuk bertawakal kepada Allah.
Tawakkal adalah menyerahkan diri kepada Allah.
Sebahagian daripada kita salah faham bila untuk kita tawakkal.
Adakah selepas usaha dan ikhtiar baru tawakkal?

Tidak. Tawakkal adalah sebelum, semasa usaha dan sesudahnya iaitu sepanjang masa.
Adakah patut seorang hamba berusaha tanpa menyandarkan usaha dan diri sendiri kepada Tuhan?

Itulah penyerahan diri hamba kepada Tuhannya.

Hasilnya
Seorang hamba yang mantap akidahnya serta tinggi tawakkalnya, pasti dapat menghadapi apa jua cabaran dan ujian dengan redha dan bijaksana.
Apatah lagi kita sebagai mahasiswa ataupun ‘tolibul ilmi’, belajar di universiti dan ujian tidak dapat  dipisahkan.

Oleh itu, semoga kita semua diberi oleh Allah ta’ala taufik untuk mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan akhir semester ini, serta diberi keputusan yang cemerlang.

Apa lagi? Marilah kita bertawakal kepada Allah sebelum, semasa peperiksaan dan sesudahnya.

Wallahu wa Rasuluhu A’lam.

Disediakan oleh:
Biro Multimedia dan Publisiti (BMP) sesi '15/'16




[1] Huraian daripada kitab ‘Umdah Ar-Raghib’ ringkasan kitab ‘Bughyah At-Tolib’ oleh Syeikh Abdullah Al-Harari.

Saturday 16 May 2015

SAMBUTAN ISRA’ MIKRAJ DAN SOLAT HAJAT SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER


Alhamdulillah, program pada 14 Mei 2015 ini telah berlangsung di Wisma Negeri  Sembilan, Mu’tah. Program yang dihadiri hampir 50 orang mahasiswa Universiti Mu’tah ini merupakan anjuran bersama tiga buah Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) iaitu:
  1.  Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS)
  2.  Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) dan
  3. Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Jordan (IMAMJ)

Objektif program ini adalah:


ü  Memperingati peristiwa sirah nabawiyah
ü  Merapatkan ukhwah antara ahli BKMNS dan BKAN lain

Objektif program ini disifatkan berjaya dengan dibuktikan oleh kemeriahan dan kemesraan para hadirin.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

1.       Solat Hajat Berjemaah yang diimami Ustaz Syafie Abdul Ghani, pelajar tahun 3



Bacaan Surah Yasin berjemaah diketuai oleh Ustaz Syed Dihya




Ucapan Israk Mikraj oleh ketua Biro Pembangunan Modal Insan (PMI) BKMNS Ustaz Hazmie bin Yunos


Ucapan Yang Di-Pertua  IMAMJ iaitu Ustaz Ayub Abdul Rahman



1.       Ucapan Yang Di-Pertua BKPJJ, Ustaz Faiq Khalid



Program ringkas ini diakhiri dengan solat Isyak berjemaah dan jamuan ringan








Program pengisian rohani seperti ini penting untuk menjadi pemangkin semangat para pelajar sebelum menghadapi peperiksaan akhir semester di samping menyerahkan segalanya kepada Allah (tawakkal).
Kami memohon doa tuan puan sekalian semoga kita semua ditemukan di syurga kelak.

“Berswadaya Menuju Kegemilangan” 

Sunday 10 May 2015

Program Induksi Kepimpinan Bersama Ahli Majlis Syura BKMNS 2014/2015 dan Mesyuarat Ahli Majlis Syura BKMNS 2015/2016 Kali Pertama

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh : 7 & 8 Mei 2015
Tempat : WISMA Negeri Sembilan, Mu'tah

Induksi kepimpinan bersama barisan kepimpinan BKMNS yang lama bagi menyampaikan amanat dan memberikan asas gerak kerja setiap Ahli Majlis Syura 2015/2016.

Semoga pimpinan yang baru ini dapat mengambil segala ilmu dan pengalaman yang telah dikongsikan untuk dijadikan panduan dalam memimpin BKMNS ke arah kegemilangan. Diharapkan juga mereka mampu meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecemerlangan BKMNS.

Selamat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers