Featured Article

Friday 10 October 2014

Sambutan Aidiladha

Bismillahirrahmanirrahim...

Pimpinan BKMNS mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua ahli BKMNS khususnya dan kepada semua umat Islam amnya.


Gambar - gambar ketika aktiviti korban di Mutah










Thursday 2 October 2014

Fadhilat Puasa Sunat Asyura

Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.

Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. (Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud : Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya. (Diriwayatkan oleh imam Tarmizi)
Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah. (Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.
Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”
Bibiografi
  1. Al-Minhaj Syarah Sohih Muslim oleh imam Nawawi, semakan Syeikh Khalil Ma’mun Syiha, Darul Makrifah, Beirut.
  2. Tuhfah al-Ahwazi bi Syarhi Jami’ at-Tarmizi, Mubarakfuri, Darul Kutub Ilmiah, Beirut.
  3. Sunan Abu Daud
  4. Al-Lafzu al-Mukram bi Fadhaili ‘Asyura al-Muharram, Ibnu Nasaruddin ad-Dimasyqi, Rimadi lin-Nasyr
credit to : islamituindah

Sejarah dan Peristiwa Awal Muharram


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


KISAH HIJRAH
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr, Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM
1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.

credit to : muhammad jamil zakaria

MALAM CINTA RASUL

Bismillahirrahmanirrahim.



Assalamualaikum.
In sha Allah akan diadakan Majlis Malam Cinta Rasul di Puskma, Mu'tah, pada 2 Oktober 2014 (Khamis) bersempena kedatangan Ustaz Shamsul Zaman (Ustaz Budak) ke Mu'tah. Anjuran Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) dengan kerjasama Biro Sahsiah dan Kepimpinan PERMATA.
Justeru marilah kita sama-sama menghadiri dan memeriahkan majlis ini. Di sini disertakan tentatif program tersebut :
Khamis ( 2 / 10 / 2014 ) | 8 Zulhijjah 1435 H
6.15 pm : Berkumpul di PUSKMA
6.30 pm : Solat Maghrib berjemaah
6.45 pm : Bacaan Ratib Al-Attos
7.00 pm : Alunan bacaan Al-Quran dan Bacaan Maulid Diba'ie
7.30 pm : Tausiyah umum
7.40 pm : Qasidah
8.10 pm : Tausiyah dan ibrah oleh : Ustaz Shamsul Zaman
8.50 pm : Penyampaian cenderahati
9.00 pm : Solat Isya
9.15 pm : Jamuan ringan dan bersurai
Jumaat ( 3 / 10 / 2014 ) | 9 Zulhijjah 1435 H
5.45 am : Kuliah Subuh oleh Ustaz Shamsul Zaman
6.45 am : Solat Dhuha dan bersurai

Buka Puasa Mantiqah Mutah

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat  Allah SWT kerana telah diberi peluang untuk menjayakan majlis iftor jamaie ini.
Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh  umatnya untuk mendapat pahala yang berlipat kali ganda .Oleh itu, program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala serta dapat memberi penghayatan dan pengajaran dalam menghayati Ramadhan. 
Justeru itu, pihak BKMNS dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Mu'tah ( PERMATA ) mengambil kesempatan ini untuk mengadakan program iftor jamaie  dimana ianya adalah program tahunan yang wajib diadakan.
     
       OBJEKTIF
 ·         Mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dimana menjamu seluruh ahli PERMATA untuk iftor bersama-sama.
·         Dapat memupuk nilai-nilai murni dan kepentingan perpaduan dalam diri mahasiswa/wi PERMATA.
·         Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa/wi Negeri Sembilan di Jordan dengan pihak PERMATA.

       SASARAN

Semua ahli Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan  di Jordan dan juga  seluruh ahli PERMATA .

BUTIRAN PROGRAM

TARIKH     :            12 JULAI 2014

TEMPAT    :          WISMA Negeri Sembilan

ANJURAN :       Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan , Jordan ( BKMNS )
                            Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah , Jordan ( PERMATA )

PERJALANAN PROGRAM

12 JULAI 2014 ( Ahad )
WAKTU/  AKTIVITI
LAPORAN / ULASAN

5.30 p.m
[ Kedatangan para tetamu]



Ketibaan para tetamu lewat dari waktu yang telah ditetapkan.

6.30 p.m
[ Majlis bermula]


Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis iaitu Saudara Aizuddin Omar.

Kemudian , majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP BKMNS .
Dalam ucapan beliau , beliau  mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli PERMATA yang sudi hadir ke majlis yang serba sederhana ini.


6.45 p.m
[ Diskusi Ramadhan ]

Majlis diteruskan dengan menjemput saudara Zulhafizi untuk memberi sedikit tazkirah ringkas sebelum majlis berbuka puasa.









7.30 p.m
[ Jamuan ringan]


Para tetamu dijamu dengan manisan  iaitu kurma sebelum mendirikan solat Maghrib.

Kemudian, para tetamu mendirikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Izzul Akmal.





7.45 p.m
[ Iftor Jamaie ]



Setelah selesai solat Maghrib secara berjemaah , para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang telah disediakan oleh pihak BKMNS.

8.30 p.m
[ Bersurai ]


Majlis bersurai .


MASALAH  SEPANJANG PROGRAM DAN CADANGAN


Bil.
MASALAH
CADANGAN
1.       

-Kehadiran para peserta lewat disebabkan hebahan poster dilakukan pada saat-saat akhir kerana lewat menerima maklumat.




-Merancang awal untuk melaksanakan sesuatu program .


Program ini telah dapat dilaksanakan dengan begitu gilang-gemilang atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.Program ini juga telah berjaya memberi kesempatan kepada mahasiswa/wi Mutah untuk membuka jalinan ukhwah dan dapat mengurangkan jurang antara satu sama lain.Bahkan, program ini dapat memberi peluang kepada semua mahasiswa/wi Mu'tah untuk mengisi masa lapang mereka dengan sebaik mungkin.Akhir sekali,semoga program sebegini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.
Sekian, wassalam.

Bicara Matan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Setinggi-tinggi pujian dipanjatkan kepada-Nya dengan limpahan nikmat dan rahmat serta kasih sayang-Nya, kita masih mampu bernafas dan mengecapi nikmat islam dan iman hingga ke saat ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga serta para sahabat baginda S.A.W yang membimbing manusia ke jalan yang lurus, seiring dengan perintah dari Allah S.W.T.

Matan merupakan ringkasan untuk sesuatu bidang ilmu, para ulama’ salafusoleh melihat kaedah mudah bagi seseorang murid memahami bidang ilmu dengan secara asas dan ringkas adalah melalui matan. Perkara ini juga memberi peluang kepada murid khususnya penuntut ilmu hari ini yang mengalami kesuntukkan masa untuk bertalaqqi dengan para ulama’.

Bicara Matan merupakan sebuah program yang memberi peluang kepada mahasiswa Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) khususnya dan amnya kepada Mahasiswa Universiti Mu’tah (PERMATA) untuk mengkhatamkan sesuatu bidang ilmu. Bicara Matan ini juga selari dengan misi Biro Pembangunan Modal Insan untuk menghidupkan dan mengembalikan pembacaan turath-turath Islam kepada mahasiswa.

Bicara Matan ini akan diadakan secara berkala agar setiap bidang ilmu dapat difahami dan dipelajari lantas menjadi medan persediaan mahasiswa sebelum berada di lapangan masyarakat.

Objektif

·         Menghidupkan pembacaan ilmu turath secara bertalaqqi
·         Memperkenalkan sebahagian sosok tubuh ilmuan dan ulama’ yang masih menabur bakti buat seluruh umat Islam
·         Mempersiapkan Mahasiswa dengan pelbagai bidang Ilmu sebelum berada di lapangan masyarakat

Sasaran program tersebut ialah semua ahli BKMNS khususnya dan ahli PERMATA amnya

Butir- butir Program

NamaProgram: Bicara Matan
Tema:    منحفظ المتونف عليه الفنون
Tarikh: 18 April 2014
(10 JamadilThani 1435 H)
Tempat:  Mujamma’ Al Jadid, Universiti Mu’tah
Pembentang      : Syeikh Khalid Muhammad Al Malkawi
Matan                   : Matan Aqidah Al Tohawwi

Perjalanan Program

Waktu
LaporandanUlasan

8.30 a.m

           Semua peserta tiba di tempat program.
           Pendaftaran bermula dan setiap peserta diberikan sarapan pagi oleh AJK yang bertugas.
          Sheikh tiba di tempat program dan dibawa oleh pengarah ke meja santapan VIP untuk menjamu selera.


9.00 a.m

         Semua peserta mengambil tempat di dalam Mudarraj.
         Program dimulakandengan slot pertama :
         Pembentangan Bicara Matan : Aqidah Attohawiyah
Sheikh Khalid Al Malkawi


11.00 a.m

        Pembentangan berakhir
        Peserta syabab bersedia ke Masjid Jamiah untuk menunaikan solat Jumaat dan
     makan. Peserta akhawat bersolat di tempat yang disediakan di Mudarraj dan
     makan

2.30 p.m
        Sambungan
     Pembentangan Bicara Matan : 
Aqidah Attohawiyah

5.00 p.m
         Berakhir Pembentangan Bicara Matan Aqidah Attohawiyah
         Penyampaian cenderamata kepada Sheikh Khalid al Malkawi




 Masalah yang dihadapi dan Cadangan


Bil
Masalah
Cadangan

1)

-Dewan Mudarraj lambat dibuka oleh pihak jamiah

-PA system lambat dipasangkan di dalam dewan


-Unit Persiapan perlu peka dengan pihak jamiah

-Unit Teknikal perlu memasang PA system sebelum program bermula dengan lebih awal



Akhir sekali, semoga program ini dapat dilaksanakan lagi dengan izinNya seterusnya memberikan seribu satu manfaat kepada para peserta dalam merencana masa depan dan menyumbang dalam masyarakat, insyaAllah.

Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers