Featured Article

ILMIAH


[PERUTUSAN 9 ZULHIJJAH 1434H]

Bismillah

عن أبي قتادة (الحارث بن ربعي الأنصاري) , رضي الله عنه , قال : سئل رسول الله صلى الله عليه و سلم : عن صوم يوم عرفة ؟ قال : >> يكفّر السنة الماضسة والباقية << رواه مسلم

Hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

:: Manfaatkan peluang+masa ::
:: Persediaan ruhiyyah+badaniyyah ::





[HADITH KE-15]
Assalamualaikum
Allahumma Solli 'Ala Muhammad

عن أبي هريرة-رضي الله تعالى عنه- : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت , ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم جاره , ومن كان يؤمن بالله واليوم الآخر فليكرم ضيفه )

رواﻩ اﻟﺒﺨﺎري وﻣﺴﻠﻢ

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata baik atau dia diam. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

:: ROAD TO REDHA ALLAH ::
:: ROAD TO 'EIDULADHA 1434H ::
:: INCREASING 'AMAL SOLEH ::
 




[SALAM 6 ZULHIJJAH,SALAM JUMUAH MUBAROKAH]

Assalamualaikum warahmatullah..


1)Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

((مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ))

[رواه أحمد 5446-صحيح]

Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

2)Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]

3)Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).

4)Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad).

Tarikh-tarikh penting :

9 ZULHIJJAH - HARI ARAFAH
10 ZULHIJJAH - 'EIDULADHA
11,12,13 ZULHIJJAH - HARI TASYRI'

:: ROAD TO REDHA ALLAH ::
:: INCREASING 'AMAL SOLEH ::


IRFAN MAKKI ''Waiting For The Call''



Petikan hadith ke-23 dari Hadith Arba'in Imam Nawawi
 

Assalamualaikum sobahel kheir =')

(( عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الطُّهُورُ شَطْرُ الْإِيمَانِ 
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ تَمْلَآَنِ أَوْ تَمْلَأُ مَا بَيْنَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالصَّلَاةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا)) رواه مسلم

Dari Abu Malik Al Haris bin Ashim Asyari ra berkata, Rasulullah saw bersabda ”Bersuci adalah sebahagian dari iman, Alhamdulillah dapat memenuhi timbangan, Subhanallah dapat memenuhi atau memenuhi apa yang ada di antara langit dan bumi.

Solat itu adalah cahaya, sedekah itu adalah bukti iman, sabar itu adalah pelita dan al-Quran itu adalah hujah terhadap apa yang kamu sukai ataupun terhadap apa yang tidak kamu sukai. Semua orang pada waktu pagi menjual dirinya, ada yang membebaskan dirinya dan ada pula yang membinasakan dirinya,” (riwayat Muslim)

:: ROAD TO REDHA ALLAH ::
:: INCREASING 'AMAL SOLEH ::



# sijil itu bukan "ghayah" tetapi "wasilah"
# jangan merasakan imu sudah mencukupi ~


TG SHEIKH MUHAMMAD FUAD AL MALIKI ( NASIHAT UNTUK SEMUA )




Allahumma Solli 'Ala Muhammad
[ 18 MUHARRAM 1435H ]

IT'S JUMUAH! LETS RECITE AL-KAHF ~

Aishah Radhiyallahu Anha telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w.:

”Adakah diantara pengikut-pengikutmu yang akan memasuki syurga tanpa perhitungan?”Nabi Muhammad s.a.w. menjawab:”Ya, dia ialah orang yang banyak menangis menyesali segla dosa-dosanya yang telah ia lakukan.”

:: INCREASING DU'A AND SELAWAT ::




Allahumma Solli 'Ala Muhammad 
[ 23 MUHARRAM 1435H ]

" Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan ".

~Surah al-Hujurat, ayat 6~

:: SAY NO TO GHIBAH,FITNAH DAN SEUMPAMANYA ::
:: MEMINTA MAAF,MEMAAFKAN=HATI TENANG ::


Assalamualaikum warahmatullah
[ 30 MUHARRAM 1435H ]

~ Mungkin ada salah..Mungkin ku tersesat..Inginku menangis..menyesali diri..mengapa terjadi ~

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata : Rasulullah saw. bersabda : Allah swt. berfirman :

"Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya ketika ia mengingatKu. Jika ia mengingatKu dalam dirinya maka Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika ia mengingatKu dalam kelompok, Aku akan mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik darinya.

Jika ia mendekat kepadaKu sejengkal maka Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika ia mendekat kepadaKu sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika ia datang kepadaKu dengan berjalan maka Aku datang kepadanya dengan berlari-lari kecil".

(Hadits ditakhrij oleh At Tirmidzi).

:: SEEK FOR HIS FORGIVENESS+GUIDANCE+HELP :




Allahumma Solli Ala Muhammad 

[ 7 SAFAR 1435 H ]

Sabda Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam :

“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur. Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

:: Syukur+Sabar ::



Bismillah, Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ 16 SAFAR 1435 H ]

" IF YOUR BEST ISN'T GOOD ENOUGH FOR THE PEOPLE, REALIZE THAT ALLAH KNOWS YOU GAVE IT YOUR BEST "

Allah Almighty says in a hadith qudsi :

"O son of Adam, as long as you call upon Me and put your hope in Me, I have forgiven you for what you have done and I do not mind. O son of Adam, if your sins were to reach the clouds of the sky and then you would seek My forgiveness, I would forgive you. O son of Adam, if you were to come to Me with sins that are close to filling the earth and then you would meet Me without ascribing any partners with Me, I would certainly bring to you forgiveness close to filling it." 

Allahumma Solli 'Ala Muhammad..

" Apabila kamu tidak tahan lelahnya belajar,maka kamu akan menanggung kebodohan "
-Imam As-Syafie Rahimahullah-

Ma3an najah buat semua yang akan menduduki peperiksaan akhir sem 1 sesi 2013/2014!!

:: Salam Rabi3ul Awwal ::
:: Salam Jumaat Sayyidul Ayyam ::



Allahumma Solli 'Ala Muhammad..

[ 5 Rabi'ul Awwal 1435 H ]

Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan. Kata Ummul Mukminin, Aisyah r.ha " Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri "

::RECHECK OUR HEART AND 'AMAL ::
::INCREASING SOLAWAH 'ALA AN-NABIY::


Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ 7 RABI'UL AWWAL 1435 H ] - Tazkirah Pagi-

Pesan Rasulullah SAW bermaksud: " Sesiapa yang ingin murah rezeki dan panjang umurnya, hendaklah dia menyambung hubungan dengan saudaranya (silaturahim)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

:: ZAHIRKAN KECINTAAN KITA PADA YANG 'DIRINDUI' ::
:: IMPLEMENTING THE SUNNAH OF PROPHET
MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم ::

Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ 9 RABI'UL AWWAL 1435 H ] - Tazkirah-

Rasulullah s.a.w bersabda, " Barangsiapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka," (HR.Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad).

:: Appreciate all the chances given ::


Allahumma Solli 'Ala Muhammad

Selasa 14/1/14 = 12 RABI'UL AWWAL 1435 H

" Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW, untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia walau seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya ...."

via :  http://www.youtube.com/watch?v=BiGVVAP3KsQ

Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ SERUAN PUASA HARI PUTIH 13,14,15 RABI'UL AWWAL 1435 H ]

Diriwayatkan juga dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan : " Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda : ' Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa " (Riwayat Imam Abu Daud)

:: حب الله والرسول ::
:: كثّر الأعمال الصالحة الخالصة لله ::


Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ 15 Rabi'ul Awwal 1435 H ]

Double-triple offers for today!

-Sayyidul ayyam (jumuah)
-Middle of month in hijris
-Recitation's programme of Syamail Muhammadiah
-Kahfi recitation and solawah 'ala Prophet Muhammad 'alaihissalam

Lets grab the chances together!
Because everyone deserves heaven =')



Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ Jumuah Mubarokah 22 Rabi'ul Awwal 1435 H ]

=')

"Say, If you love Allah, follow me, Allah will love you"
Quran (Surah 3: Verse31)

:: Selawat dan kahfi ::
:: Maksimakan pengaplikasian sunnah Baginda 'Alaihissalam ::



Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ JUMUAH MUBAROKAH 29 RABI'UL AWWAL 1435 H ]

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) mentioned Friday and said:

“On this day there is a time when no Muslim stands and prays, asking Allah for something, but Allah will grant him it” – and he gestured with his hands to indicate how short that time is.”
Narrated by al-Bukhaari, 893; Muslim, 852

*copied from eislamicquotes.com*

:: Rebut peluang yang ada ::
:: Manfaatkan setiap detik pada hari Jumaat ::

Allahumma Solli 'Ala Muhammad

28 Rabi'ul Akhir 1435 H
‪#‎JUMUAH‬ MUBAROKAH + ‪#‎AL‬-KAHFI + #‪#‎DHUHA‬ !

Rantaian 25 Pesanan Luqman Al-Hakim : 

Pesanan #1: “Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya adalah Tawakkal kepada ALLAH.”




Allahumma Solli 'Ala Muhammad

2 Jamadil Awwal 1435 H

Rantaian 25 Pesanan Luqman Al-Hakim :

Pesanan #2: "Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

:: MENJELANG MALAM CINTA RASUL ::
:: IKHLASKAN HATI UNTUK BERUBAH ::



Allahumma Solli 'Ala Muhammad

[ 13 Jamadil Awwal 1435 H - 15 Mac 2014 ]

Diriwayatkan dari Qatadah bin Milhan (ملحان) r.a. yang menceritakan; " Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami supaya berpuasa pada hari-hari putih iaitu hari ke 13, 14 dan 15 di mana baginda bersabda; ' Berpuasa pada ketiga-tiga hari itu seumpama berpuasa sepanjang masa " (Riwayat Imam Abu Daud).

:: إحياء سنة النبي صلى الله عليه وسلم ::



Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Assalamualaikum...
[ 7 September 2014 ]
Moga kita semua sentiasa dalam tindak tanduk yang bermanfaat & saling nasihat menasihati ke arah menjadi seorang pelajar muslim yang unggul di mata Dunia.



Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Assalamualaikum...
[ 8 September 2014 ]
Permulaan menentukan pengakhiran. Jika baik permulaannya, maka baiklah in sha Allah baiklah pengakhirannya. Mulakanlah hari anda dengan menikmati Kalam Rabb al-'Alamin...



Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Assalamualaikum...
[10 September 2014]
Dengan apa kita mulakan hari kita hari ini?
Moga langkah kita dimulakan dengan berjemaah di masjid dan moga tatapan pertama hari kita adalah dengan Kalam Allah Al-Quran al-Karim.
ااهم نور قلوبنا بنور هدايتك كما نورت الأرض بنور شمسك أبدا أبدا برحمتك يا أرحم الراحمين
"Ya Allah, cahayakanlah hati-hati kami dengan cahaya hidayahMu, sepertimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari selama-lamanya, dengan RahmatMu, wahai Tuhan yang sebaik-baik penyayang."



Allahumma Solli 'Ala Muhammad
[ 11 September 2014 ]
Assalamualaikum...
Sudah makan atau belum?
Jika sudah ucap alhamdulillah, jika belum ucap alhamdulillah juga. Setiap apa yang Allah tentukan perlulah disyukuri kerana Dia lebih mengetahui tentang diri kita yang hina ini.
Bagaimana dengan makanan rohani? Roh kita sudah dijamu atau belum?
Janganlah kita asyik memikirkan makanan jasmani sahaja tanpa memikirkan makanan rohani. Kelak di alam barzakh dan di alam akhirat jasmani tidak lagi diendahkan oleh manusia. Jangan biarkan roh kita kosong tanpa dijamu.
Jika baik rohnya, maka baiklah rupanya di akhirat. Jika buruk (kosong) rohnya, maka hodohlah rupanya di akhirat nanti.
Bersama-sama kita muhasabah diri sebelum roh kita dicabut oleh malaikat Izrail.



Allahumma Solli 'Ala Muhammad
Assalamualaikum...
[ 13 September 2014 ]
Moga hari ini lebih baik daripada semalam.
Hisablah diri kita sebelum diri kita dihisab olehNya di akhirat kelak.



Allahumma Solli 'Ala Muhammad
[ 16 September 2014 ]
Assalamualaikum...
Bagaimanakah permulaan hari anda? Moga lebih baik daripada semalam.
Hari-hari yang ditempuh semakin mencabar, semakin hendak sampai ke puncaknya, semakain banyak cabarannya. Akhir zaman, apabila seseorang hendak gapai impiannya, pasti akan ada orang menghalangnya, samada dengki, iri hati atau tidak boleh tengok orang lain lebih dari kita.
Sikap siapakah ini? Sudah tentu manusia yang berperangai seperti ini tidak lain tidak bukan adalah seperti kawan kepada syaita, kerana syaitan pun punya sifat yang sama, tidak mahu anak-anak Adam masuk ke dalam syurga. Maka digodanya dan dihasutnya sehinggalah manusia tidak lagi mengikut jejak para Nabi dan Rasul menuju ke syurga.
Kerana apa? Perasaan hasad dan iri hati yang ada dalam hati yang mana tidak mahu orang lain lebih daripada kita. Sepatunya sebagai seorang muslim yang juga mukmin dan in sha Allah sama-sama pertingkat menjadi muhsinin, tidak patut ada dalam diri kita sikap sebegini. Malah yang digalakkan memberi bantuan dan semangat serta dorongan kepada insan lain untuk mereka mencapai impian dan matlamat mereka.
Moga-moga kita semua terpelihara daripada sifat mazmumah ini. Moga Allah menjaga setiap daripada kita khusunya adik-beradik Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan, Jordan (BKMNS) dan seluruh umat Islam amnya.
Selamat menempuh kelas pengajian kepada semua dan moga impian dan cita-cita kita tercapai.
*letaklah Allah dan Rasul sebagai cita-cita kita yang tertinggi.



0 comments:

Post a Comment