Featured Article

Wednesday 19 April 2017

INDUKSI KEPIMPINAN AMS SESI 2016/2017 DAN SESI 2017/2018 DAN MESYUARAT KALI PERTAMA SESI 2017/2018

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah induksi kepimpinan Ahli Majlis Syura sesi 2016/2017 dan sesi 2017/2018 telah diadakan pada 14 & 15 April 2017 berserta mesyuarat pertama bagi sesi 2017/2018, bertempat di Wisma Negeri Sembilan, Mu'tah. Induksi kepimpinan diadakan bagi barisan kepimpinan BKMNS sesi 2016/2017 untuk menyampaikan gerak kerja dan memberi sedikit sebanyak amanat kepada pimpinan baru.

Semoga Ahli Majlis Syura sesi 2017/2018 dapat mengaplikasikan ilmu yang diturunkan oleh pimpinan lama dengan sebaiknya untuk menjalankan amanah dan tugas. Diharapkan pimpinan BKMNS sesi 2017/2018 dapat meningkatkan dan mengekalkan prestasi kecemerlangan BKMNS.






Selamat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.

ANNUAL GRAND MEETING & ANNUAL GRAND DINNER BKMNS 2017/2018

7/7/2017

Assalamualaikum w.b.t.

Telah berlangsungnya Annual Grand Meeting dan Annual Grand Dinner Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan. Annual Grand Meeting dan Annual Grand Dinner BKMNS telah diadakan di Meneur Hotel, Amman pada 7 April 2017.

ANNUAL GRAND MEETING.
Alhamdulillah, Ahli Majlis Syura BKMNS sesi 2016/2017 telah selamat bersidang.Terdapat pemindaan pada Perlembagaan BKMNS. AGM telah berlangsung dari pagi sehingga petang.




ANNUAL GRAND DINNER.
Annual Grand Dinner telah berlangsung pada malam 7 April 2017 di tempat yang sama, Meneur Hotel, Amman. Berapa aktiviti telah dijalankan ketika majlis makan malam tersebut berlangsung. Ahli BKMNS menginap selama satu malam di hotel tersebut dan pulang pada keesokan harinya.





Terima kasih atas segala jasa dan keringat yang dicurahkan oleh Ahli Majlis Syura 2016/2017 untuk BKMNS. Tahniah dan takziah diucapkan kepada Ahli Majlis Syura BKMNS sesi 2017/2018. Semoga pimpinan baru dapat melaksanakan tugas dengan baik.


Popular Posts

KATA-KATA HIKMAH

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Followers