Thursday 24 October 2013

SKIM INFAQ BKMNS

SKIM INFAQ BKMNS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Dengan ini sukacitanya dimaklumkan bahawa BKMNS ada menyediakan skim infaq BKMNS. 

Skim ini bertujuan untuk membantu ahli yang mempunyai masalah kewangan dan sebagainya selaras dengan matlamat penubuhan BKMNS iaitu menjaga kebajikan ahli.

Oleh yang demikian kepada ahli yang terbuka hati dan bermurah hati untuk menyumbang harta yang berkepuk kepuk tu bolehlah menyumbang mengikut pakej yang disediakan kerana amalan bersedekah merupakan amalan terpuji.

Firman Allah SWT :
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." - Al-Baqarah : 261

Apa tunggu lagi, jom bersedekah!




SKIM INFAQ BKMNS

0 comments:

Post a Comment