Wednesday 20 November 2013

Majlis Sambutan Aidiladha Di Wisma Negeri Sembilan



Bismillahirrahmanirrahim.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat  Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan  Aidil Adha buat tahun ini.
Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
"Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."
(Hadis riwayat Thabrani)
Hadis ini menjelaskan bahawa amal yang paling dicintai Allah pada eidul adha adalah sembelihan korban. Pahala korban itu akan diterima Allah sebelum darah korban tersebut menitis ke bumi. Selari dengan tuntutan hadis tersebut, buat julung kalinya Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) telah menganjurkan program korban sempena Hari Raya Eidul Adha 1434H yang telah mendapat sumbangan oleh pihak MAINS.


0 comments:

Post a Comment