Sunday 23 March 2014

UMRAH BKMNS FASAL AWWAL 2014

[BIRO KEBAJIKAN DAN PENGURUSAN ZAKAT]

IKLAN SPREADSHEET “UMRAH BKMNS FASAL AWWAL 2014”

Bismillah..Assalamualaikum...

Pada Fasal Awwal akan datang InsyaAllah Biro Kebajikan dan Pengurusan Zakat dengan kerjasama BKMNS akan menganjurkan UMRAH BKMNS julung kalinya untuk syabab dan akhawat.

Oleh yang demikian, pihak kami ingin memulakan gerak kerja yang pertama iaitu mengumpul maklumat pelajar yang berminat ( secara serius ) untuk mengerjakan umrah ini.

Spreadsheet ini akan dibuka selama LIMA HARI SAHAJA.

Bersamaan 16 November 2013 (Sabtu) sehingga 20 November 2013 (Rabu).

Spreadsheet ini akan ditutup pada 20 November 2013 pada jam 12.00 malam.

Kuota bilangan pelajar yang akan menunaikan umrah akan diberitahu kemudian setelah senarai nama ini dihantar ke kedutaan Saudi.

Bagi pelajar akhowat yang berminat untuk menyertai, anda dialu-alukan untuk mengisi borang ini.

Akhir kata, kerjasama daripada pihak kalian amatlah kami hargai 

p/s : Mohon bantuan untuk maklumkan kepada anak-anak Negeri Sembilan yang lain .

Nota : Peratus untuk program ini dijalankan bergantung kepada jawapan dari Pihak Kedutaan Saudi. Sama-samalah kita berdoa agar diberi izin oleh Allah untuk menunaikan umrah.

Terima Kasih.



0 comments:

Post a Comment