Thursday 25 September 2014

JILSAH AS-SOFFAH (PROGRAM BERSAMA ULAMA’ YAMAN)

Tanggal 8 Mei 2014 Masihi bersamaan 9 Rajab 1435 Hijrah, Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan Jordan (BKMNS) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Malaysia Jordan Mu’tah (PERMATA) telah mengadakan satu program bersama ulama’ yang diberi nama “JILSAH AS-SOFFAH”.Ulama’ jemputan dari Yaman itu adalah Syeikh Abdul Fatah al-Yamani yang berasal daripada Yaman.
Sasaran adalah kepada semua ahli PERMATA dan ahli BKMNS dan daripada sasaran itu, seramai kira-kira 50 orang pelajar telah menghadiri Majlis Bersama Ulama’ tersebut.

Objektif daripada program ini:
      - Memperkenal dan mendekatkan ahli BKMNS khususnya dan seluruh ahli PERMATA amnya kepada ulama-ulama dunia.
      - Menanamkan dalam diri pelajar-pelajar rasa cinta kepada ilmu.

Antara pengisian program adalah:
1400 - Kedatangan para pelajar serta qasidah dan madaih
1430 - Kehadiran ulama’ jemputan dan rombongan
1500 - Tazkirah dan pesanan daripada Syeikh Abdul Fatah
1600 – Sesi soal jawab bersama Syeikh Abdul Fatah
1630 -Jamuan makan VIP dan solat Asar
1700 -Bersurai

Antara pesanan daripada Syeikh Abdul Fatah kepada para penuntut ilmu agama khususnya di bumi Jordan ini adalah menjaga keharmonian sesama ummat Islam walaupun terdapat khilaf dan salah faham antara sesama Muslim. Antara lainnya lagi adalah peringatan kepada pelajar untuk menjaga akhlak dan akhlak sebagai penuntut ilmu Allah khususnya dan sebagai umat Nabi Muhammad. Hendaklah mengambil Nabi Muhammad sebagai tela dan dalam bermuamalah sesama manusia.
Daripada keseluruhan program dapat disimpulkan bahawa kehadiran pelajar ke program ini sangat tidak memuaskan oleh kerana kehadiran tidak mencapai walau 1/3 daripada jumlah pelajar di Mu’tah khususnya. 
Manakala dapatan daripada pengisian program adalah sangat memuaskan berdasarkan komentar-komentar daripada para pelajar yang hadir.
Moga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan berharap agar para pelajar lebih memberikan perhatian terhadap program ilmu seperti ini berbanding pelbagai program lain yang ada di Jordan ini.

0 comments:

Post a Comment