Sunday 28 December 2014

Family Day

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan Family Day ini berjalan dengan lancar.
Family Day telah berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu yang lalu bertarikh 25 dan 26 Disember 2014 bertempat di Summer Bay Resort, Aqabah dengan membawa tema "Aqobah Pongikek Jiwo".

Selain tema, Family Day ini membawakan empat objektif yang mantap.
1. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli-ahli BKMNS dari setiap mantiqoh Jordan.
2. melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari sudut intelektual, bahkan cemerlang dari sudut akhlak, rohani dan jasmani.
3. Membentuk sifat kepimpinan dalam diri mahasiswa dan mahasiswi serta melahirkan individu yang amanah dalam memegang tanggungjawab dan mandat yang diberikan oleh seorang ketua.
4. Memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk merehatkan minda sejenak dari kesibukan meninba ilmu dan keluar dari beban tugas sebagai mahasiswa setelah bertungkus lumus dalam semester yang lepas.

Program Jaulah ke Aqobah ini telah berakhir pada 26 Disember 2014 dan merupakan program tahunan Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS). Dengan objektif yang telah digariskan, program ini telah memberi manfaat kepada ahli BKMNS sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Sekian.


Berikut adalah gambar-gambar yang diambil ketika program.
















Tempat berlangsungnya Family Day Anak Negeri Sembilan

0 comments:

Post a Comment