Sunday 28 December 2014

Program Nadwah Tasawwuf



Bismillahirrahmanirrahim. 

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat  Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan semua ahli BKMNS yang berada di DEWAN MASRAH.
       Tasawwuf merupakan sebuah ilmu yang membahasakan tentang akhlak dan pembersihan jiwa sebagaimana yang telah disebut oleh seorang tokoh tasawwuf Al Imam Ahmad Ar Rifie, “ Tasawwuf adalah akhlak maka barangsiapa yg menambahkan akhlak di dalam dirinya, maka dia telah menambahkan tasawwufnya”. Akan tetapi mutaakhir ini tasawwuf  telah dimasuki unsur-unsur khurafat yang menyebabkan ramai dikalangan orang awam memandang serong terhadang tasawwuf.
       Oleh yang demikian,antara tujuan seminar taswwuf ini diadakan adalah untuk mengembalikan kemurnian tasawwuf serta memberikan pendedahan kepada mahasiswa /mahasiswa mengenai hakikat tasawwuf yang sebenar sesuai dengan tema program seminar ini iaitu "Mengembalikan Sinar Tasawwuf". Buat julung kalinya Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) telah menganjurkan program Seminar Tasawwuf ini di Dewan Masrah. 

Objektif bagi program ini ialah :
·         - Menerangkan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang tasawwuf dan asal usulnya
·         - Memperkenalkan sebahagian tokoh ilmuan dan ulama’ yang masih menabur bakti untuk seluruh umat islam
·         - Mempersiapkan mahasiswa dengan pelbagai bidang ilmu sebelum berada di lapangan masyarakat.
      
      Sasaran program ini adalah kepada ahli BKMNS dan ahli PERMATA.
     

      Akhir kata, Alhamdulillah, program ini telah disambut dengan jayanya. Semoga dengan program sebegini melahirkan penjenamaan program-program yang lebih baik pada masa akan datang. Moga dengan usaha yang kecil ini juga dapat melahirkan insan-insan yang sanggup berkorban demi memperjuangkan agama  dan cinta akan Allah. Semoga sambutan  ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan dapat diteruskan pada masa masa akan datang.
      Tiada yang lebih menggembirakan dalam menjalankan tugas ini melainkan kerjasama yang jitu antara ahli sekali gus menyebabkan ukhuwah dan kerjasama terjalin. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya. Taqobalallah waminna waminkum.


0 comments:

Post a Comment