Thursday 2 October 2014

Buka Puasa Mantiqah Mutah

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat  Allah SWT kerana telah diberi peluang untuk menjayakan majlis iftor jamaie ini.
Ramadhan adalah bulan yang Allah janjikan kepada seluruh  umatnya untuk mendapat pahala yang berlipat kali ganda .Oleh itu, program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk mendapatkan keredhaan allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan akan mendapat ganjaran pahala serta dapat memberi penghayatan dan pengajaran dalam menghayati Ramadhan. 
Justeru itu, pihak BKMNS dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Mu'tah ( PERMATA ) mengambil kesempatan ini untuk mengadakan program iftor jamaie  dimana ianya adalah program tahunan yang wajib diadakan.
     
       OBJEKTIF
 ·         Mengimarahkan lagi bulan Ramadhan dimana menjamu seluruh ahli PERMATA untuk iftor bersama-sama.
·         Dapat memupuk nilai-nilai murni dan kepentingan perpaduan dalam diri mahasiswa/wi PERMATA.
·         Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa/wi Negeri Sembilan di Jordan dengan pihak PERMATA.

       SASARAN

Semua ahli Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan  di Jordan dan juga  seluruh ahli PERMATA .

BUTIRAN PROGRAM

TARIKH     :            12 JULAI 2014

TEMPAT    :          WISMA Negeri Sembilan

ANJURAN :       Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan , Jordan ( BKMNS )
                            Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah , Jordan ( PERMATA )

PERJALANAN PROGRAM

12 JULAI 2014 ( Ahad )
WAKTU/  AKTIVITI
LAPORAN / ULASAN

5.30 p.m
[ Kedatangan para tetamu]



Ketibaan para tetamu lewat dari waktu yang telah ditetapkan.

6.30 p.m
[ Majlis bermula]


Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis iaitu Saudara Aizuddin Omar.

Kemudian , majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP BKMNS .
Dalam ucapan beliau , beliau  mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli PERMATA yang sudi hadir ke majlis yang serba sederhana ini.


6.45 p.m
[ Diskusi Ramadhan ]

Majlis diteruskan dengan menjemput saudara Zulhafizi untuk memberi sedikit tazkirah ringkas sebelum majlis berbuka puasa.









7.30 p.m
[ Jamuan ringan]


Para tetamu dijamu dengan manisan  iaitu kurma sebelum mendirikan solat Maghrib.

Kemudian, para tetamu mendirikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Izzul Akmal.





7.45 p.m
[ Iftor Jamaie ]



Setelah selesai solat Maghrib secara berjemaah , para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang telah disediakan oleh pihak BKMNS.

8.30 p.m
[ Bersurai ]


Majlis bersurai .


MASALAH  SEPANJANG PROGRAM DAN CADANGAN


Bil.
MASALAH
CADANGAN
1.       

-Kehadiran para peserta lewat disebabkan hebahan poster dilakukan pada saat-saat akhir kerana lewat menerima maklumat.




-Merancang awal untuk melaksanakan sesuatu program .


Program ini telah dapat dilaksanakan dengan begitu gilang-gemilang atas kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.Program ini juga telah berjaya memberi kesempatan kepada mahasiswa/wi Mutah untuk membuka jalinan ukhwah dan dapat mengurangkan jurang antara satu sama lain.Bahkan, program ini dapat memberi peluang kepada semua mahasiswa/wi Mu'tah untuk mengisi masa lapang mereka dengan sebaik mungkin.Akhir sekali,semoga program sebegini dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.
Sekian, wassalam.

0 comments:

Post a Comment