Thursday 2 October 2014

Program Ramah Mesra dan Taklimat Zakat

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat  Allah SWT kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan semua ahli BKMNS yang berada di Mafraq.
       Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:
"Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara"
                                                                                                     
Hadis ini menjelaskan bahawa semua mukmin yang berada di muka bumi Allah ini bersaudara hatta berlainan nasab dan negara. Pahala menjalinkan ukhuwah sesama kita itu akan diterima Allah. Selari dengan tuntutan hadis tersebut, buat julung kalinya Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan (BKMNS) telah menganjurkan program Ramah Mesra Dan Sambutan Khirijin Dan Khirijat BKMNS di Mafraq.

Objektif program adalah seperti berikut :

- Menghayati erti saudara sesama islam yang sebenar.
- Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa Negeri Sembilan di Jordan dengan pihak pimpinan
BKMNS.
- Memasyarakatkan anak Negeri Sembilan di Jordan dalam komuniti tempatan dan komuniti
mahasiswa Malaysia sendiri.

Sasaran yang ditetapkan untuk program tersebut adalah semua ahli BKMNS di Mafraq khususnya.

BUTIRAN PROGRAM

TEMA           :    Ukhuwah Sampai Syurga

TARIKH        :  27 JUN 2014

TEMPAT       :  MAFRAQ , JORDAN

ANJURAN    :  Badan Kebajikan Mahasiswa Negeri Sembilan , Jordan ( BKMNS )

PERJALANAN PROGRAM

27 JUN 2014 (JUMAAT)

WAKTU/  AKTIVITI
LAPORAN / ULASAN

8.00 P.M
[ Ketibaan YDP BKMNS 14/15 serta rombongan dari Mu,tah]



Program ini dipengerusikan olah saudari Nura Ezzatie Binti Mazlan.Seterusnya ucapan YDP BKMNS 14/15 saudara Muaz Bin Omar diikuti dengan sedikit penerangan zakat oleh saudara Aizuddin Bin Omar.

9.00 P.M
[Selingan program Sanah Helwa dan seterusnya majlis makan malam]


Selingan ini dibuat bagi menyambut kelahiran ahli BKMNS di Mafraq bagi bulan Januari,Febuari,Mac,April dan Jun.

Seterusnya ahli-ahli BKMNS dihidangankan pelbagai lauk pauk yang disediakan oleh ahli di Mafraq.


10.00 P.M
[YDP BKMNS sesi 14/15 serta rombongan pulang ke Mu’tah dan bersurai]

Keberangkatan pulang YDP BKMNS 14/15 dan rombongan ke mantiqah Mu’tah serta bersurainya ahli BKMNS yang lain.









Akhir sekali, Alhamdulillah, program ini telah disambut dengan jayanya. Semoga dengan program sebegini melahirkan penjenamaan program-program yang lebih baik pada masa akan datang. Moga dengan usaha yang kecil ini juga dapat melahirkan insan-insan yang sanggup berkorban demi memperjuangkan agama  dan cinta akan Allah. Semoga sambutan  ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan dapat diteruskan pada masa masa akan datang.Tiada yang lebih menggembirakan dalam menjalankan tugas ini melainkan kerjasama yang jitu antara ahli sekali gus menyebabkan ukhuwah dan kerjasama terjalin. Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya. Taqobalallah waminna waminkum.

0 comments:

Post a Comment