Thursday 2 October 2014

Program Sambutan Khirijin dan Khirijat Mutah

Bismillahirrahmanirrahim.

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat  Allah SWT kerana telah diberi kesempatan untuk menjayakan program malam khirijin ini.Malam khirijin ini adalah sebuah program tahunan  yang diadakan sebagai  satu penghargaan kepada para khirijin yang telah berjaya menamatkan pengajian  mereka selama 4 tahun di bumi SHAM ini dengan cemerlang.Program ini juga salah satu wasilah untuk  para khirijin berkongsi pengalaman ,suka duka bersama-sama mahasiswa/wi BKMNS yang lain.

Objektif program adalah seperti berikut : 

- Meraikan mahsiswa/wi atas kejayaan mereka kerana telah berjaya menamatkan pelajaran mereka dengan cemerlangnya.
- Memberi peluang untuk mahasiwa/wi bertemu kembali dan berkongsi pengalaman mereka antara satu sama lain.
- Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa/wi Negeri Sembilan di Jordan dengan pihak kepimpinan BKMNS.
- Memasyarakatkan anak Negeri Sembilan di Jordan dalam komuniti tempatan dan komuniti mahasiswa Malaysia sendiri.

Sasaran program tersebut ialah semua ahli BKMNS di Mu’tah khususnya.

Butiran program

TARIKH     :            22 JUN 2014

TEMPAT    :          WISMA Negeri Sembilan , Jordan

ANJURAN :       Badan Kebajikan  Mahasiswa Negeri Sembilan , Jordan ( BKMNS )

Perjalanan Program

22 JUN 2014 ( AHAD )


WAKTU/  AKTIVITI
LAPORAN / ULASAN

8.00 p.m
[ kedatangan tetamu ]



Ketibaan para tetamu di Wisma tepat pada waktu yang telah ditetapkan.

8.30 p.m
[ Majlis bermula ]


Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis iaitu Saudari Nur Atirah Alwani.

Kemudian , majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YDP BKMNS .
Dalam ucapan beliau , beliau mengikatkan agar para khirijin yang pulang ke Malaysia dapat memberi sumbangan yang jitu kepada bangsa , negara dan juga agama.
Bahkan , beliau sangat mengharapkan agar mahasiswa/wi yang masih tinggal di Jordan dapat menjadikan para khirijin sebagai inspirasi dalam mengecapi kejayaan yang

cemerlang.






8.45 p.m
[ Kalam taujihad daripada para khirijin ]

Para khirijin dijemput untuk memberi sedikit kata-kata semangat kepada mahasiswa/si Negeri Sembilan yang masih tinggal di Jordan agar mereka lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan di bumi SHAMS ini terutamanya kepada pelajar tahun satu yang masih baru di sini.








9.15 p.m
[ Sesi penyampaian cenderamata dan juga penyampaian hadiah semperna sanah helwah ]


Pihak penganjur telah menyediakan sedikit cenderamata untuk diberikan kepada para khirijin sebagai tanda penghargaan.

Majlis diimarahkan lagi dengan penyampaian hadiah sanah helwa kepada mahasiswa/wi yang lahir pada bulan 1 sehingga 6.





9.30 p.m
[ Jamuan makan malam]



Para tetamu dijamu dengan makan malam yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

10.00 p.m
[ Sesi bergambar]


Setelah selesai jamuan makan malam ,para khirijin dijemput untuk bergambar bersama-sama YDP sebagai gambar kenangan sebelum mereka pulang ke Malaysia.




10.15 p.m
[Bersurai]

Sebelum bersurai, semua orang diminta untuk mengemaskan semula wisma bersama-sama.




Alhamdulillah ,program ini telah berjaya dijalankan dengan jayanya.Semoga program sebegini dapat menaikkan lagi semangat mahasiswa/si dalam meneruskan perjuangan di bumi SHAMS ini.Selain itu,diharapkan program ini mendapat keberkatan daripada Allah.
Tiada yang lebih menggembirakan dalam menjalankan tugas ini melainkan kerjasama yang jitu daripada pihak-pihak yang terlibat dan juga kemanisan ukhwah yang terjalin antara ahli BKMNS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Sekian , terima kasih.

0 comments:

Post a Comment